Bagi kakitangan Kerajaan, KSN ini amat dikenali kerana ketamakan beliau didalam isu SBPA sehingga memaksa DS Najib bertanggungjawap sedangkan masalah ini berpunca daripada beliau sendiri.
Sehinggalah masalah SBPA ini diselesaikan, KSN ini masih lagi belum mahu mengaku kesilapan malah enggan meletakkan jawatan diatas kesilapan yang dibuat. Sebaliknya baru baru ini dia sanggup terbang ke London dan berjumpa dengan DS Najib sendiri merayu agar kontrak KSNnya dapat disambung.
Perbuatan KSN ini mendatangkan kemarahan pegawai pegawai kanan Kerajaan yang lain kerana masih belum melepaskan jawatan. Takkan KSN ini mahu memegang jawatan tersebut sampai ke liang lahat sepertimana salah seorang Menteri Besar disebuah negeri.
Aku benar benar berharap DS Najib tidak melayan kehendak KSN ini kerana perbuatannya dahulu amat mengecewakan hati penjawat awam. Malah orang seperti KSN inilah yang menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran DS Najib sekiranya undi majoriti penjawat awam beralih arah.
Sokongan penjawat awam amat diperlukan bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada BN. Sekiranya KSN ini masih lagi dikekalkan, tak mustahil pejawat awam akan mengundi pembangkang sepertimana yang dibuat pada PRU 2008 yang lalu. Semuanya berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap individu tertentu didalam Kerajaan. Ingatlah menjaga hati majoriti penjawat awam adalah lebih penting berbanding seorang KSN!
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
Betul ke dia Ada pg London? Mana kau tau? Bukti pls, takleh lah main ckp je. Tq
Post a Comment