Gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan yang diumumkan kerajaan tidak memadai jika mengambil kira peningkatan kos sara hidup masa kini. Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kadar paling relevan adalah RM1,100 seperti dicadangkan Pakatan Rakyat.
“RM900 memang tak cukup. Kita dah buat kira-kira, kadar paling ideal adalah RM1,100. Jumlah ini dipersetujui oleh semua pihak. Ia tidak terlalu membebankan majikan dan cukup untuk menampung kos sara hidup pekerja,” katanya dihubungi Keadilan Daily hari ini.
Beliau mengulas respon terhadap pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan Hari Pekerja.
Kadar gaji minimum itu RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan RM800 atau RM3.85 sejam. Fuziah berkata, pengumuman Najib itu tidak berdasarkan kajian mendalam terutama ketika rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau.
Katanya, pengumuman itu sama seperti pengumuman skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA) yang tidak berdasarkan kajian mendalam hingga akhirnya kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaannya.
Tambah beliau, pengumuman Najib tidak lebih sekadar retorik politik bertujuan mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.
Punyalah penipu Fuziah ni. Kononnya kerajaan PR dia boleh bagi RM1100 berbanding RM900 yang diberikan oleh Kerajaan BN. Habis kalau dia boleh buat, dia bagilah pada orang dikawasannya kat Kuantan tu. Try tengok boleh ke tak.
Dia ingat rakyat tak tahu yang parti PKR dia tu parti munafik. Tengok balik janji PKR semasa PRU 2008 pun belum dibuat, ada hati nak buat janji baru. Nampak sangat janji RM1100 dia tu sekadar retorik nak rasuah rakyat supaya undi dia nanti. Nak aku lempang makcik ni, dia dah tua. Eeee sabar je lah.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment