Geng Bas Sekolah

May 11, 2012

Hj Hadi Kafir Sebab Tangguh Hudud ?


Aku lawak betul bila baca kenyataan terkini Presiden PAS, Haji Hadi, yang kononnya jika Pakatan menang PRU nanti, hudud hanya boleh dilaksana bila tiada pengangguran, tiada kemiskinan dan ada gaji minimum.

“Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia.”

Pada aku ini cuma dalih PAS untuk mengelak dari melaksanakan hudud kalau menang nanti. Cuba fikirkan secara logik, di dunia sekarang, negara mana yang langsung tiada orang miskin, tiada pengangguran? Hatta negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Great Britain pun masih ada kemiskinan dan pengangguran.

Aku nak tanya Haji Hadi, apa nas dari Quran dan Sunnah yang menyatakan ketiga-tiga syarat ni perlu dipatuhi sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan?

Cuba fikirkan pula di zaman Rasulullah dan sahabat, adakah semua orang pada zaman itu kaya-raya, tiada langsung kemiskinan dan pengangguran? Kalau betul tiada orang miskin, kenapa wujud zakat untuk membantu golongan fakir miskin? Ada tak gaji minimum pada zaman Rasulullah dan sahabat dulu?

Kalau Pakatan dah memerintah 10 tahun contohnya dan kemiskinan dan pengangguran masih wujud, adakah ini bermakna selama itulah hukum hudud takkan terlaksana? Wah, ini alasan mudah untuk PAS mengelak dari menjalankan hukum hudud!

Kalau dahulu PAS cukup gemar mengkafirkan UMNO kerana kononnya tidak menyokong hudud dan konsep negara Islam. Tapi kini PAS pula yang berdolak-dalik mengenai hudud. Sebelum ini perjuangan negara Islam telah digugurkan, sekarang ni, nampak gayanya perjuangan untuk menegakkan hudud akan turut terkubur.

Baca selanjutnya di sini


Aku malas nak cakap banyak. Aku tahu Hj Hadi tu penipu besar. Musang tua berbulu ayam. Padan muka korang puak PAS dapat pemimpin kaki penipu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

SELAMATKAN MALAYSIA said...

itulah hakikat sebenarnya parti pas ialah parti puak syaitan