Geng Bas Sekolah

May 10, 2012

Dewan Pemuda PAS Anti Anwar Ibrahim ?


Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara.

Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.


Puak PAS ni jenis suka ambik tahu masalah jauh tapi masalah depan mata dia buat tak nampak. Dorang bantah Irshad Manji itu oklah tapi BAPAK dan IBU LGBT kat Malaysia ni dorang boleh pulak buat tak kisah. Malah sanggup sokong lagi dua ekor makhluk ni adalah.

Patutlah majoriti rakyat Kelantan terabai sebab pemimpin PAS lebih suka tengok masalah kat negeri orang lain. Masalah negeri sendiri buat tak tahu jer.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

analogi pemuda pas ni mcm ni lah...

buat kempen boikot barang2 yahudi mcm mcdonald, coke,pepsi dll...
sebab sykt2 ni sokong aktivti yahudi yg musuh islam...

jd dlm hal ambiga ni depa ckp
sokong ambiga sb pilihanraya...tp x sokong pasal lgbt...

mcm musuh islam tp x mcm musuh islam??

mana ade yahudi tu kejap sokong islam kejap x..

jd depa xyah la poyo2 nk buat kempen boikot israel sb depa pon sama jer sokong gerakan anti islam..