Geng Bas Sekolah

April 24, 2012

Pembangkang Mengamalkan Pengundi Hantu


Dakwaaan bahawa berlakunya penambahan pengundi hantu sememangnya tidak berasas, kerana proses kiraan undi itu sendiri dihadiri oleh tiap wakil parti yang bertanding, yang masing-masing bertugas sebagai “polling agent” dan “counting agent”.

Bermula dengan semakan status pengundi mengikut no. kad pengenalan, pengundi dibenarkan masuk untuk mengambil kertas undi dan membuang undi.

Sepanjang proses ini, pemerhati atau wakil dari kedua-dua parti bertanding diberi peluang untuk mencatat bilangan pengundi, yang kemudiannya boleh membuat “cross reference” atau “check and balance” kepada jumlah keseluruhan pengundi yang membuang undi pada satu sessi, sebagai contoh, sesi pagi.

Sebarang keraguan, atau jumlah pengundi hantu pastinya boleh dikenal pasti, apabila jumlah pengundi dibandingkan dengan jumlah undi. Prosedur ini menjadi saksi yang nyata, bahawa berlakunya penyelewengan undi, atau undi hantu, sekiranya wujud. Bahkan, keputusan tidak rasmi boleh didapati serta merta dari pusat mengundi berkenaan.

Malangnya, sepanjang PRU yang lalu, tidak pernah berlaku dakwaan wujudnya pengundi hantu di pusat-pusat mengundi. Ini membuktikan prosedur yang ada telus, dengan mengizinkan wakil-wakil parti bertanding membuat pemantauan hari membuang undi. Anehnya, isu ini hanya wujud ketika PRU hampir menjelma, walaupun tiada sebarang protes atau bantahan yang dibuat sepanjang proses pengundian di pusat mengundi yang diwakili oleh polling agent dan counting agent, berkenaan dengan undi yang tidak sepatutnya ada berbanding jumlah pengundi.

Dan cukup menghairankan, apabila wakil atau pemerhati parti berkenaan, bersetuju dengan dakwaan oleh pemimpin mereka tentang kewujudan pengundi hantu. Walhal, sepanjang mereka bertugas pada PRU untuk parti mereka, mata dan kepala mereka sendiri tidak pernah berhadapan dengan isu yang dibangkitkan!

Bolehkah mereka-mereka ini dikategorikan dalam golongan munafik?

Seperkara yang pasti, wujudnya undi hantu adalah pada pemilihan PKR yang lepas, di mana di satu pusat pemilihan cabang parti berkenaan, kira-kira 90 ahli dikenalpasti membuang undi, tetapi di dalam peti undi ada lebih 200 kertas undi!

Dengan 200 kertas undi, ditolak 90 pengundi untuk setiap satu undi, ada lebihan 110 kertas undi, yang mana inilah yang dimaksudkan sebagai undi hantu.- Sumber


Kalau dilihat dari sejarah bermulanya "pengundi hantu", puak pembangkang lah yang beriya iya menuduh BN. Sedangkan seperti yang diketahui oleh masyarakat, biasanya orang yang paling kuat menuduh inilah yang sebenarnya yang membuat salah. Untuk mengelak syak wasangka, mereka awal awal lagi sudah menuduh kepada BN untuk menutup kesalahan sendiri.

Biasalah orang kalau dah buat salah, mulalah nak carti orang lain sebagai kambing hitam. Lagipun dah ada rekod, didalam pemilihan PKR, sudah wujud kes pengundi hantu. Jadi tidak salah sebenarnya pembangkanglah yang menggunakan pengundi hantu!

Ayuh bangkitlah rakyat Malaysia menentang penipuan dan kezaliman pembangkang!

 Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

LAA BIASAK LER BROO..DH TERDESAK SGT NTI DIORANG GAK JD HANTU..X CAYE TGOK LER NANTI KEHKEHKEHKEH