Geng Bas Sekolah

March 25, 2012

PAS Sebenarnya Amalkan Assobiyah


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.

“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Fatah yang juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.

“Dia pernah ke Kelantan dan menyebut beberapa perkara tetapi kita mengambil sikap berdiam diri kerana ia kita tidak terjejas dengan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya ia melampaui batas kita sedia sebut apa yang ada dalam simpanan kita,” katanya.


Selama ini PAS menuduh UMNO mengamalkan assobiyah iaitu membantu melindungi keburukkan kaum kerabat tetapi rupanya PAS yang amalkan assobiyah sebenarnya. Nampak sangat PAS tuduh UMNO selama ini sebab nak cover kejahatan sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,”

KEHKEHKEH OOO MASE JD AHLI TAK NAK PECAH TEMBELANG? ITU PUN NK KENE DGR CKP ASSMIN? MMG PASRAEL NI JD BAHAN LIWAT PARTI PELIWAT SEYHHH..SEKALI PECAH TEMBELANG SEKALI KENE LIWAT..SAPE PLAK YG NK PECAH TEMBELANG DAN KENE LIWAT LAGI LEPAS NI? HUHUHUHUHU