Secara umum boleh kita simpulkan undi kaum Cina kepada BN mungkin sekitar 20%. Ini bererti 80% undi kaum Cina adalah untuk DAP. MCA akan mengalami zaman gelapnya. Ini terbukti dalam PRU ke 12, dan hari demi hari kita boleh lihat DAP makin mendapat sambutan dari kaum Cina.
DAP sebenarnya parti sosialis, seperti PAP. Namun sejak mereka menjadi kerajaan di Pulau Pinang, DAP pula makin disayangi oleh kapitalis. Mungkin DAP juga makin menyayangi golongan kapitalis lantas mereka sedia mengorbankan beberapa prinsip sosialisme mereka.
Seperti PAS, DAP bagaikan Janus, Dewa Greek yang mempunyai dua wajah. Satu wajah memperlihatkan sosialisme mereka, kononnya berjuang menentang 'kezaliman' UMNO yang sudah 54 tahun menindas rakyat Malaysia. Dan sebagai parti sosialis, DAP juga kononnya istiqamah menentang corruption.
Namun perlu ingat, DAP mempunyai dua wajah. Wajah yang mereka tidak perlihatkan sudah tentu DAP adalah totok memperjuangkan agenda kaum Cina. Berbeza dengan MCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina melalui perundingan, DAP cenderung menghasut kaum Cina agar melawan memberontak kekuatan dan kekuasaan dominasi politik Melayu.
Wajah cantik yang ingin DAP perlihatkan kepada rakyat Malaysia adalah seperti Hannah Yeoh. Boleh bertudung, liberal dan wakil rakyat semua kaum. Hannah Yeoh juga menolak bangsa suaminya, India dan ingin Jabatan Pendaftaran Negara meletakkan keturunan bangsa Malaysia kepada anaknya.
Namun wajah buruk yang DAP tidak perlihatkan kepada umum, hanya kepada kaum Cina, mereka adalah parti yang memperjuangkan chauvanist kaum Cina. Contoh yang terbaru adalah dalam kes sokongan DAP kepada Dong Jiao Zong.
Tun Daim memberi amaran kepada kaum Cina, mengundi mengikut perasaan seperti yang mereka amalkan sekarang ini akan memberi kesan. Mereka bermain dengan api, apabila menganggap dengan hanya kerusi yang boleh dimenangi mereka, mereka boleh menegakkan negara sosialis berpaksikan bahasa dan budaya Cina di bekas Tanah Melayu ini.
Sumber: STB
Aku makin lama makin hilang sabar dengan bangsa ni.....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment