Geng Bas Sekolah

March 21, 2012

PAS Parti Tiada Pendirian - PahangKu


Pas adalah parti yang tidak konsisten dalam perjuangan menegakkan Islam dan terbaru ia melencong daripada prinsipnya apabila menyokong umat Islam boleh bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pendirian Pas mengenai perkara itu yang dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua malam lepas membuktikan Pas parti tidak berprinsip.

"Pas begitu keras mengkritik Umno apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan Israel tetapi kini jelas kenyataan Abdul Hadi membuktikan parti itu tidak selari dengan perjuangan Islam mereka.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah kata tidak boleh berdagang atau bekerjasama dengan Yahudi tetapi kini Abdul Hadi pula kata sebaliknya," kata Mohd Shafie pada satu sidang media.


Dalam sesi soal jawab pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat di Shah Alam dua malam lepas, Abdul Hadi memberi alasan kerjasama itu dibolehkan dengan Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

Mohd Shafie berkata perjuangan parti itu dalam soal kemanusiaan seperti isu Palestin dan pelaksanaan hukum hudud juga tidak jelas.

"Pas sebenarnya bukan hendak memperjuangkan Islam tetapi mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat politik," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sumber: PahangKu


PAS sebenarnya lebih teruk daripada UMNO malah lebih hina dari DAP kerana mereka sanggup mengikut telunjuk pemimpin DAP daripada mengikut al quran dan sunnah Rasullulah s.a.w.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

PAS SINONIM DGN POLITIK 2 ALAM BROO. TENGOK LER SAPE PEMEGANG KUNCI SYURGA YG BARU..HUHUHUHU