Geng Bas Sekolah

March 21, 2012

Ejen DAP Tolak Siasatan Keatas Lynas


Persidangan Dewan Rakyat Selasa meluluskan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), yang bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek itu.

Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pagi ini dipersetujui melalui pungutan suara, walaupun pembangkang berterusan membantah, dengan ada wakilnya yang keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui.

Pembangkang sebelum itu mendesak kerajaan memberi jaminan supaya lesen beroperasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk operasi LAMP di Gebeng, Pahang, ditarik balik, dan semua aktiviti di kilang itu dihentikan dalam tempoh tiga bulan pelantikan jawatankuasa itu, sebagai syarat sokongan mereka.

Beliau berkata segala apa isu yang dibangkit oleh wakil pembangkang boleh dikemukan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas itu.

Mohamed Nazri turut membidas pembangkang yang cuba memutar-belit kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini, bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas itu bertujuan membetulkan salah tanggapan masyarakat berhubung isu projek Lynas.

Baca selanjutnya di PahangKu


Bila LAMP ditubuhkan, puak DAP mulalah resah semacam. Kenapa sudah takut dengan kebenaran ke? Selama ini DAP bermain isu ini kerana tidak mahu kuasa ekonomi dan perniagaan nadir bumi dipegang oleh orang melayu. Bukannya kerana sebab pencemaran alam sekitar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

Begini lah jadi nya kalau pemimpin2 pembangkang sudah buta hati.
Matlamat DAPigs terus di laong2 kan.
Tidak bersandar pada yang hak.

Jeffry said...

BIASAK LER BROO. MATE KECIK KLU BLEH NK KONKER SEME SKALI. TAMAK HALOBA TAK ABIS2. ORG MELAYU KENE LER BERINGAT SKET