Geng Bas Sekolah

March 5, 2012

PAS Kedah Berpecah Dua

PAS mengumumkan hari ini bahawa dua orang anggota exco kerajaan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh perlu menerima semula jawatan berkenaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat tertutup itu diadakan untuk membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Mustafa berkata, PAS "optimis" bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan berbuat demikian bagaimanapun parti itu masih belum mendengar maklum balas daripada kedua-dua pihak berkenaan.

Ismail juga tidak hadir ke mesyuarat tersebut, katanya.

Mustafa juga enggan membuat andaian sekiranya Phahrolrazi dan Ismail tetap enggan mengangkat sumpah sebagai anggota majis mesyuarat kerajaan negeri.

Selain itu, Mustafa berkata PAS juga akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk membantu kelicinan pentadbiran kerajaan negeri Kedah


Malunya Phahrolrazi dengan Ismail bila kena terima juga jawatan exco. Dah macam kena jilat muntah hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

NAMPAK KETARA SGT SI PAHROLRAZI MENYAMPAH KAT JIJAN HUHUHU. PARASIT PAS PAKSE DIA TERIMA JAWATAN TU. KLU BLEH DIA NAK ANUWAR LIWAT DIA DULU BRU DIA NAK TERIMA KEHKEHKEHKEH