Geng Bas Sekolah

March 29, 2012

Kebanjiran Pendatang Asing Membimbangkan Rakyat Malaysia


Untuk sekian lama, rakyat Malaysia tertipu dengan kawalan keselamatan negara terutama melalui pintu masuk negara. Ini dibuktikan dengan Jawatankuasa Kabinet Pelancongan boleh mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa Imigresen pada tahun 2006 supaya tidak nmelakukan pemeriksaan keatas orang asing yang mahu masuk ke negara ini.

Amat menghairankan bagaimana keselamatan negara ini boleh diperjudikan semata mata ada pihak tertentu yang begitu kemaruk mahukan pelancong asing masuk ke negara ini.

Kementerian Pelancongan saban tahun begitu berbangga dengan jumlah kemasukkan pelancong asing kenegara ini tetapi saban tahun juga pihak berkuasa tempatan seperti polis terpaksa berhadapan dengan pelbagai kes jenayah yang melibat "pelancong asing" ini.

Oleh itu tidak menghairankan mengapa pusat pusat maksiat yang didominasi oleh warga China, Indonesia, Thailand dan juga Vietnam bahkan juga Rusia dan juga Afrika bertambah banyak. Itu belum lagi dicampur dengan kes jenayah seperti dadah, penipuan online dan lain lain. Ini jelas menunjukkan kawalan keselamatan negara kita amat mudah dibolosi oleh penjenayah asing yang menyamar sebagai pelancong.

Baca selanjutnya di PahangKu


Masalah kebanjiran pendatang asing di negara ini bukanlah satu masalah baru malah ianya berlarutan sejak tahun 90an lagi. Pada mulanya pendatang asing dinegara ini hanyalah warga Indonesia yang bekerja di sektor pembinaan dan perladangan dan seterusnya warga Bangladesh.

Tetapi kini seiring dengan kepesatan ekonomi negara, pendatang asing warga China, Pakistan, Vietnam, Afrika dan juga Rusia semakin berleluasa dinegara ini. Sudah tiba masanya Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pendatang asing ini. Jangan lagi memberi muka dan layanan baik sebaliknya kenakan tindakan tegas dan usir mereka segera ke negara asalnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

NEGARA KITA ANTARA NEGARA YG TERPAKSA BERGANTUNG KPD TENAGA BURUH ASING SELAIN SINGAPORK. SEPATUTNYE TENAGA BURUH DAH BLEH DI ANGGAP SBG TENAGA PROFESIONEL DAN BAYARAN UPAH DI TINGKATKAN ATAU DI TETAPKAN UTK MENARIK MINAT WARGA TEMPATAN. SEKALIGUS BLEH KURANGKAN KEBERGANTUNGAN TENAGA BURUH ASING. KLU KERAJAAN TAK BUAT SESUATU BENDA NI AKAN TERUS JD MASALAH.

Anonymous said...

Salam dari Gerakan Anti Pendatang Asing (GAPA) Di Malaysia. We need your support as a fellow Malaysian. This is our land. Jangan biarkan Pendatang Asing merubah corak dan cara hidup kita di tanah air kita sendiri. patience no more. Untuk mengetahui objektif GAPA di Malaysia, mohon ke facebook kami dan mohon bantuan untuk sebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain.

http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Anti-Pendatang-Asing-GAPA-Di-Malaysia/380862445323019

atau emel kami di gapadimalaysia@gmail.com .Terima kasih.