Geng Bas Sekolah

March 10, 2012

Biarlah Nik Aziz Hidup Menongkat Langit


DALAM lawatan ke Kelantan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan komitmen dan kesungguhan UMNO untuk membawa perubahan serta memacu landskap pembangunan di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menariknya, selain mempertahankan kedudukan agama Islam, Presiden UMNO itu menyatakan kesediaan BN untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan dan bekalan air bersih, yang gagal diurus oleh kerajaan Pas walaupun telah diberi peluang mentadbir sejak lebih 21 tahun lalu.

Malah, ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Wakaf Mek Zainab, Perdana Menteri tanpa berselindung meminta mereka berani membuat perubahan politik sekiranya mahu semua tuntutan dalam resolusi yang diluluskan pada konvensyen mereka dicapai.


Aku secara peribadi memang tak mahu Kelantan jatuh pada UMNO/BN. Sebabnya nanti kesian Nik Aziz. Orang tua tu nanti nak kerja apa kalau PAS Kelantan kalah. Lagipun seronok juga ada Nik Aziz ni. Dia suka buat lawak. Lagipun kalau semua negeri UMNO/BN menang tak syok lah. Tak ada fight.

UMNO/BN perlu tumpukan perhatian pada Selangor dengan P.Pinang. Sebab orang melayu semakin hilang kuasa. Itu yang penting.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEHKEH BISA BERBISA TU BROO