Kaum India tidak pernah pulang hampa setiap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Kuil Batu Caves di sini yang menjadi simbol keagamaan dan kebudayaan masyarakat Hindu di negara ini.
Terbaru, Perdana Menteri sekali lagi bermurah hati apabila meluluskan peruntukan awal sebanyak RM2 juta kepada Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman untuk membina Pusat Kebudayaan India di Batu Caves.
"Kerajaan akan membantu dengan memberi bantuan secara berperingkat-peringkat supaya Pusat Kebudayaan India itu menjadi kenyataan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Thaipusam di sini hari ini.
Kehadiran beliau ke majlis itu merupakan kali ketiga Najib melawat Batu Caves dan sejak 2010 Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi menceriakan kuil dan RM4 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves.
Pusat Kebudayaan India itu apabila siap kelak bukan sahaja menjadi simbol keagamaan tetapi bakal menjadi tarikan terbaru kepada pelancong asing untuk melihat lebih dekat keharmonian beragama di negara ini.
Pusat kebudayaan India, lindungi kebudayaan cina. Tetapi budaya dan adat orang melayu terus dibiarkan terhakis. China Town, Little India tetapi dimana tempat orang melayu? Kg orang melayu terus tergadai. Inilah nasib orang melayu yang terus merempat dinegara sendiri.
Sorry entry ini bukan menghina orang india atau orang cina tetapi entry ni khas untuk PEMIMPIN orang melayu tu sendiri.
Sorry entry ini bukan menghina orang india atau orang cina tetapi entry ni khas untuk PEMIMPIN orang melayu tu sendiri.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
Bagus komen tu, yang benar mestilah dikatakan benar. Teguran rakyat kepada pemimpin kerana sayangkan pemimpin. Bukan boleh ikut secara buta tuli sahaja. Jati diri mesti mau ada. Tegur agar jangan sampai kepimpinan melayu terlepas kepada bangsa lain.
Post a Comment