Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.
"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.
"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Puad mengulas sikap 'pak turut' Mursyidul Am Pas itu yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.
Menurutnya, sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalih berhubung isu yang telah mengguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis.
"Dia buat andaian kononnya media memutar belit kenyataan Anwar tetapi Anwar sendiri tidak menafikan kenyataan yang beliau buat dalam WSJ.
Siapa Mohd Puad ni nak suruh Nabi Palsu terakhir ni bertaubat? Nanti tak pasal pasal puak PAS berguling guling tengah jalan. Bila dorang dah berguling siapa yang susah? Rakyat juga susah. Nik Aziz sendiri rela hati menyokong israel apabila dia setuju bekerjasama dengan PKR. Jadi biarkan jelah. Orang yang berakal dan waras sudah pasti menolak PAS. Hanya mereka yang bodoh dan sombong saja memilih untuk bersama PAS.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment