Geng Bas Sekolah

February 21, 2012

Jinggay 13 - Kesesatan Yang Nyata

Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com hari ini melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry seterusnya.

Kapal Zim USA dan Zim Atlantic BUKAN nya kapal israel seperti yang didakwa oleh pendekar-pendekar tempang PKR.

Pendekar-pendekar tempang PKR tidak buat homework terlebih dahulu sebelum menabur fitnah. Mereka tidak belajar bagaimana untuk mengetahui sesuatu kapal dari negara mana. Itu perkara asas yang perlu diketahui terlebih dahulu. Boleh diibaratkan seperti orang solat. Apa guna solat berpuluh rakaat sampai lutut lemah longlai dan dahi sampai lekuk, tetapi tidak berwudhu terlebih dahulu sebelum solat ?

Sama halnya yang dilakukan oleh pendekar-pendekar tempang pembangkang berhubung isu kapal israel. Mereka sepatutnya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk mengenali sesebuah kapal dari negara mana sebelum merakam video dan panggil pemberita datang ke sidang media mereka dan bercakap sampai berbuih mulut. Jangan tipu pemberita hanya semata-mata kerana hendak kejarkan glamor.

Untuk mengetahui sesebuah kapal dari negara mana bukannya perkara susah. Lihat sahaja kapal anda sudah boleh tahu tetapi dengan syarat anda seorang yang tahu ilmu pengetahuan am.

Baca selanjutnya disini


Kesian puak penyokong pakcik Anwar. Terdesak gila nak tepis isu sokongan pakcik Anwar kepada yahudi zionis sampai main petik je mana mana kapal ada nama Z kat depan lepas tu tuduh tu kapal yahudi. Lepas ni dorang tuduh pula sesiapa naik motor nom plat Z pergi masjidpun dorang chop yahudi hahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH DIORANG SUDA PANAS BROO. KLU PUN KAPAL TU MILIK YAHUDI TP SOKONGAN ANUWAR KAT KESELAMATAN YAHUDI TU KIRE TEMASUK ASKAR2 ZIONIS YG BUNUH RAKYAT PALESTIN BEB!...LG HEBAKKKK!!