Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.
Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.
Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.
“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA
Hj Hadi dah start mengarut. Tak habis habis tuduh kerajaan BN ni rasuah. Macamlah dorang ni bersih sangat. Siap ugut ahli sendiri supaya tak tinggalkan parti. Gila kuasa sungguh. Orang macam ni pun ada hahahaha.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
ADE PERJANJIAN SEDEMIKIAN RUPA KER DALAM ALQURAN MENGATAKAN PAS ADALAH PARTI ISLAM?
Post a Comment