Sesiapapun tidak melupai fitnah besar yang dibuat oleh CheguBard terhadap DS Rosmah Mansor berkaitan isu pembelian cincin 24 juta ringgit. Bukan sahaja memfitnah DS Rosmah malah juga memfitnah Utusan Malaysia dengan merekacipta gambar akhbar Utusan Malaysia dengan cerita fitnah DS Rosmah.
"Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita no.1 Filipina. Satu ketika dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Lebih cepat kehancurannya kerana wujudnya wanita pertama yang rakus , Imelda, maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.
Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan.
Dalam negara ini kita telah ada tokoh yang lebih 'menggila dari itu'... Ketika rakyat susah Imelda Malaysia terus bermewah. Seperti di Filipina ketika dulu juga wajah Imelda Malaysia ini juga diwajahkan dengan perbagai propaganda untuk menipu rakyat. Dan jika ada rakyat yang masih bangkit melawan maka akan dilabel perbagai gelaran negatif dan akan berdepan tindakan undang-undang.
Blog CheguBard
Walaupun CheguBard mendedahkan kononnya DS Rosmah membeli cincin berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini CheguBard masih lagi enggan membuat laporan kepada mana mana pihak untuk menyiasat kebenaran. Tuduhan CheguBard hanya tinggal tuduhan sedangkan bukti yang sahih beliau masih belum dapat berikan.
Samalah juga dengan big bossnya iaitu pakcik Anwar. Sehingga hari ini pakcik Anwar masih enggan mengaku dialah pelakon video lucah chinadoll malah sampai ke hari ini juga pakcik Anwar masih gagal menunjukkan bukti dimana beliau berada ketika aksi berkenaan dirakamkan dan dimana jam tangan Omega yang kononnya disimpan oleh makcik Jijah.
Perbuatan fitnah CheguBard terhadap DS Rosmah dan Jacob & Co amat dikutuk oleh rakyat Malaysia yang waras akal fikirannya. Oleh itu Jacob & Co dituntut supaya menyaman CheguBard supaya cerita fitnah ini dapat dijelaskan dan juga ianya akan menjadi pengajaran supaya tidak ada lagi pihak yang suka membuat fitnah didalam masyarakat.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment