Difahamkan pengosongan itu dibuat beberapa hari lalu.
Perkembangan itu dilihat seolah-olah mengiakan pergolakan yang berlaku antara Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Selebum ini media melaporkan bahawa Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyatakan hasrat untuk enggan dilantik semula sebagai exco yang akan tamat pada 12 Mac depan.
Dua lagi exco yang dipercayai bakal mengambil pendirian yang sama ialah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamed Khalib. - mstar
Rakyat Kedah nampak permainan licik puak PAS yang tidak berpuas hati dengan DS Azizan yang dikatakan lebih bersikap terbuka dan lebih rasional pemikirannya. Disebabkan karektor DS Azizan sebegini, ramai puak PAS yang berhati kotor tidak suka terutama puak PAS pro pakcik Anwar.
Malah tindakan DS Azizan yang mengatakan buku Jinggay tidak perlu dipatuhi 100 peratus dan sokongannya kepada Akta AUKU membuatkan mereka semakin kepanasan.
Nampak gayanya selepas Dr Hassan Ali, DS Azizan adalah orang seterusnya yang bakal dipancung. PAS sekarang dah semakin sesat. Orang yang baik dan ikhlas dipancung manakala orang yang gilakan dunia dan harta kekayaan diangkat menjadi pemimpin. Inilah PAS sekarang.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment