Geng Bas Sekolah

January 29, 2012

Timbalan Menteri Kaki Rasuah ?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata tidak wajar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri. Beliau berkata, peranan utama SPRM ialah menerima dan menyiasat aduan mengenai rasuah.

"Bukan bagi ketua SPRM menyimpan rekod menteri dan timbalan menteri. "Bagi saya kami telahpun diminta dari awal lagi (semasa dilantik menteri dan timbalan menteri) mengemukakan rekod aset kami (sebagaimana telah dilakukkan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Liew, yang juga presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), diminta mengulas kenyataan pengerusi panel penasihat SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh baru-baru ini bahawa "SPRM akan mendapatkan salinan perisytiharan harta menteri-menteri kabinet dan pasangan mereka serta anggota lain keluarga yang dikemukakan kepada Perdana Menteri".

"Kami mencadangkan supaya salinan perisytiharan harta semua anggota pentadbiran pusat diberikan kepada suruhanjaya," kata Zaitun. ~bernama


Aikk apasal seorang timbalan menteri ni takut nak SPRM simpan rekod harta menteri dan timbalan menteri. Ada apa apa ke ni? Berani kerana benar. Kalau tak buat salah, buat apa nak takut SPRM simpan rekod kan. DS Najib kena bertegas. Wajibkan semua menteri dan timbalan wajib serahkan rekod semua harta mereka kepada SPRM. Kalau buat macam ni, baru rakyat boleh percaya. Kalau nak sangat rasuah, baik jangan jadi menteri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: