Geng Bas Sekolah

January 29, 2012

Budaya Cina vs Hak Orang Melayu

Budaya Cina

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa setiap warisan dan kebudayaan yang membentuk identiti serta jati diri kaum Cina di negara ini akan terus dipelihara.

Perdana Menteri berkata, kepimpinan Barisan Nasional (BN) sejak lima dekad lalu tetap berpegang kepada prinsip menghormati kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang hebat.

Berucap di hadapan 50,000 hadirin pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan dekat sini malam ini, Najib menegaskan, masyarakat Cina di negara ini dianggap cukup istimewa berbanding di negara-negara lain.

“Kita boleh berbangga hari ini bahawa dari segi kesucian kebudayaan Cina, Malaysia paling istimewa, tiada negara lain di Asia Tenggara ini yang memelihara budaya orang Cina, hatta di negara China sekalipun.

Hak Orang Melayu

Seramai 40 penduduk di Kampung Tok Bali dekat sini hari ini berpiket bagi membantah pengambilan tanah mereka oleh sebuah syarikat pemaju dengan kadar bayaran sagu hati yang tidak setimpal.

Penduduk terbabit sebaliknya menuntut keadilan supaya mereka diberikan pampasan dan sagu hati setimpal kerana mendakwa tanah tersebut telah diusahakan oleh datuk nenek mereka sejak kira-kira 100 tahun lalu.

Mereka turut mendakwa, masalah timbul selepas usaha mendapatkan geran hak milik tanah yang terletak berhampiran Muara Tok Bali, ditolak oleh Pejabat Tanah dan Jajahan walaupun ada yang telah membayar deposit antara RM150 hingga RM1,500.

Seorang penduduk, Mohd. Yaakub Abdullah, 64, mendakwa, tanah yang diusahakan oleh keluarganya hanya ditawarkan bayaran sagu hati sebanyak RM2,000 dan setiap batang pokok kelapa yang ditanam pula dinilai RM200 sepokok disebabkan dia tidak memiliki geran.

Dia mendakwa, apa yang menjadi persoalan kepada penduduk ialah permohonan mendapat geran hak milik tanah ditolak walaupun ada yang telah membayar deposit sebanyak RM150 hingga RM1,500.

"Lebih menghairankan, penduduk luar mukim mendapat geran hak milik termasuk di kawasan dalam laut di pantai berkenaan. Perkara ini perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka juga menerima pampasan sehingga RM70,000 untuk satu nama," katanya di sini hari ini.


Rasanya dah banyak kali PM kita ni asyik puji melambung orang cina tapi PM kita ni tak ada sebut nak lindung budaya orang melayu. Sampaikan banyak kampung orang melayu tergadaipun PM ni taknak sebut nak tolong. Bala bala...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: