Geng Bas Sekolah

January 6, 2012

Orang Melayu Dizalimi


Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kalau dilihat sepanjang sejarah, banyak kg tradisi orang melayu lenyap atas nama pembangunan. Baik sebelum merdeka mahupun selepas negara mencapai kemerdekaan. Tetapi pernahkah anda mendengar kg orang cina diambil untuk pembangunan?

Secara jujurnya cuma satu kes je yang aku pernah dengar. Kes TNB nak bina pencawang merentasi kg mereka. Itupun mereka membantah gila gila sedangkan kg mereka cuma status setinggan. Lepas tu aku tak tahu kesudahan kes ini.

Itupun masih lagi kaum cina mengatakan mereka dizalimi di negara ini. Sebenarnya orang melayulah yang paling banya dizalimi. Pertama kali orang melayu dizalimi ketika orang melayu TERPAKSA menerima kaum cina semasa mahu merdeka dahulu.

British tidak mahu menanggung kos penghantaran pulang pekerja cina dan india yang mereka bawa, mereka buat syarat orang melayu terpaksa menerima mereka dinegara ini.

Aku bukan bangkitkan soal rasis tapi aku luahkan sakit hati orang melayu. Kaum cina membebel mendakwa mereka dizalimi oleh orang melayu sedangkan orang melayulah yang paling banyak menderita.

Kaum cina mendakwa DEB tidak adil sedangkan merekalah yang mengawal kuasa ekonomi sehingga orang melayu tertekan. Adakah itu adil? Hak keistimewaan orang melayu dibuat kerana orang melayu yang terancam dinegara sendiri. Bukan untuk menindas kaum cina tetapi untuk mengelak orang melayu daripada terus ditindas oleh kaum cina.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

sebab pemimpin melayu dok bergadoh sesama melayu saja mereka ni macam anak haram jadah samada BN, PAS, PKR semua melayu dalam tu semua haramjadah mereka lah yang mennjadikan melayu dihina dan dikorbankan kerana pembangunan. celakalah mereka mereka ni apabila dihadapkan di akhirat besok.

Jeffry said...

KLU PERATI BTOL2 DEEAYYPIG SAMA MCM OPERASI YAHUDI RAMPAS TANAH ORG ISLAM!..INI DAH MELAMPAU MANNNN!!!..KENE KASI TENYEH MUKE KOMUNIS2 AH BENG TU! HARKKK PTUIHHHHH!!!