Geng Bas Sekolah

January 16, 2012

KR1M Membuatkan DAP Senak Perut


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang tidak menyedari tindakan mereka mencemuh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menjadi satu publisiti kepada kedai tersebut.

Perdana Menteri berkata, ini terbukti apabila sebanyak 27 buah KR1M telah dibuka sehingga hari ini malah, jualan setiap kedai itu lebih RM20,000 sehari.

"Saya galakkan mereka untuk terus cemuh dan kritik kedai ini kerana apabila banyak kritik, maka lebih ramai yang akan datang ke situ.

"Malah, jumlah kedai KR1M di seluruh Malaysia sudah 27 buah dan keseluruhannya 85 buah akan beroperasi hingga hujung tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu dan Perasmian KR1M di Pulau Serai, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Menurut Najib, pembinaan KR1M bukanlah sesuatu yang diuar-uarkan tanpa asas tetapi merupakan satu realiti dan telah terbukti berjaya kerana menawarkan barangan keperluan utama pada harga 40 peratus murah daripada harga pasaran.

"Sekarang ini ke mana sahaja saya pergi, orang ramai akan minta di kawasan mereka untuk dibina kedai KR1M.

"Ini jelas menunjukkan kedai ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai," katanya. - PahangKu


KR1M memang wajar dibina lebih banyak kerana ianya dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah membeli barangan keperluan harian. Selain itu, Kedai Ikan 1Malaysia juga perlu diperbanyakkan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

SELAIN TU DPT JINAKKAN PEMBORONG2 RAKUS YG AMIK UNTUNG ATAS ANGIN KEHKEHKEHKEH