Geng Bas Sekolah

January 15, 2012

Bentong Perlukan Kemajuan

Aku betul betul kecewa dengan pihak berkuasa di Bandar Bentong. Maksud aku pihak berkuasa ni bukanlah pihak polis tetapi pihak Pembandaran Daerah Bentong dan ahli politik.

Bentong cuma pekan kecil tetapi kesesakannya melampau seolah olah Bentong ni macam KL. Baru sebentar tadi aku keluar untuk membeli barang keperluan tetapi terpaksa pulang semula dengan tangan kosong. Ini kerana bandar Bentong amat kekurangan kawasan parking. Berpusing pusing aku mencari parking kosong tetapi malangnya langsung tak ada. Bukan setakat aku saja tapi ramai lagi yang berpusing mencari ruang parking sehingga jem jalan dibuatnya.

Bukan setakat parking, Bentong juga mengalami kesesakan jalanraya yang melampau. Bentong hanya mempunyai sebuah jambatan kecil melintasi sungai Bentong. Bermula hari jumaat sehingga hari minggu, jalan dibandar Bentong mengalami kesesakan yang melampau disebabkan saiz jambatan dan jalanraya yang sempit. Dimusim perayaan, keadaan bertambah parah dibuatnya.

Bentong adalah kawasan BN iaitu DS Liow Tiong Lai yang merupakan Menteri Kesihatan Malaysia. Bukan setakat Menteri, Bentong juga adalah kampung MB Pahang iaitu DS' Diraja Adnan Yaabob. Kampung MB Pahang sendiri jadi macam ni? Aku betul betul kecewalah.


Tiada kemajuan di bandar Bentong. Pembangunan tidak tersusun. Kesesakan jalanraya, kemudahan awam untuk rakyat amat kurang. Aku harap mereka berdua ini bersikap lebih prihatin dikawasan sendiri. Kalau tiada peruntukan, mintalah dengan Kerajaan Pusat. Dan tolonglah tegurlah orang atasan Pembandaran Daerah Bentong supaya lebih kreatif dan mampu berfikir untuk mencapai kemajuan.

Janganlah sudah lebih 20 tahun, bandar Bentong masih macam ni saja. Tiada yang berubah melainkan bertambah sesak sahaja. Bandar suram dan persekitaran tidak ceria. Apabila malam, bandar Bentong kelihatan seperti bandar mati.

Contohilah negeri atau daerah lain yang lebih maju dan tersusun pembangunannya. Rakyat sudah bosan dengan masalah yang ada sekarang. Ubahlah sikap sebelum rakyat mengubah Kerajaan yang ada sekarang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

Jeffry said...

TAK KAN LER TIONG LAI SIBUK SAMPAI X BLEH JENGUK KAWASAN SNDRI. BKN KATE MCA MALAH YG LAIN2 TU KLU TAK BUAT KEJE BEK LETAK JAWATAN KASI ORG LAIN. JGN SAMPAI ORG TEKELUAR CAKAP DIA BUAT KEJE SABOTAJ PULAK! HUHUHUHU

datuk said...

Pasal tak cukup parking nie, dulu dia orang ada buat satu tempat parking bertingkat di kawasan bertentang dengan The Store. Habis satu pokok yang amat punya besar dan dah lama tumbuh kat situ ditebangnya. Tapi bila siap parking tu.........kereta tak boleh masuk!!!!Rendah sangat!!Pandai punya kontraktor Majlis...last-last selepas bertahun tak leh pakai......runtuhkan. Oiiii! duit siapa yang habis tu? Sekarang pulak kat kawasan Kampung Baru, buat projek terbengkalai. Apa nak jadi Bentong ni? Menteri Besarnya buat apa.......?

YB Raz said...

jeff: dia lebih pentingkan pengundi cina je bro

YB Raz said...

Datuk: betul tu. ntah siapa punya projek buat parking bertingkat tu.last kena robohkan.duit nak robohkan tu pakai duit kerajaan negeri.

yang projek terbengkalai tu dengar khabar projek syarikat orang melayu.entahlah apa nak jadi dengan Bentong ni.