Geng Bas Sekolah

January 20, 2012

Khalid Samad Rancang Gulingkan Dr Ahmad Yunus


Pemuda Pas khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Adat Resam, Belia dan Sukan, kelmarin.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.

“Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.

“Saya bimbang sekiranya mimpi ini jadi kenyataan dan timbul protes daripada mereka tidak suka kepada calon yang dilantik. Apa pun, paling penting, kita jangan khianatinya dan biarlah beliau menjalankan tugas serta amanah yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Berguling guling Dr Rani dengan Khalid Samad bila tak dapat pegang jawatan Exco baru. Dah sah yang dorang ni dah buat rancangan nak memboikot Dr Ahmad Yunus. Kalau tidak, takkan Ketua Pemuda PAS sendiri terpaksa keluarkan kenyataan menasihat jangan main belakang. Hancur PAS sekarang hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: