Geng Bas Sekolah

January 9, 2012

Hakim Ghaib Mengawal Sistem Kehakiman Negara


Hari ini penulis langsung tidak ada semangat untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan, semuanya gara-gara mendengar berita yang seorang peliwat dibebaskan oleh mahkamah atas alasan mahkamah tidak yakin bukti DNA yang dijumpai di rektum pengadu tidak diusik.

Walhal pada Mei lepas, hakim sama juga yang mengatakan ‘tidak ada sebab untuk menolak bukti-bukti yang diberikan pendakwa (termasuk bukti DNA)’, bila membuat keputusan supaya tertuduh membela diri.

Jadi penulis sedikit tertanya tanya, tangan ghaib mana pula yang masuk campur dalam keputusan hakim kali ini sebab bila dilihat dari cara hakim membacakan keputusan pun, ada banyak keraguan yang timbul dari situ. Hakim dilaporkan memulakan sesi dengan membaca keputusan, tidak sampai 10 minit, sebelum meninggalkan kamar mahkamah.

Baca selanjutnya disini


Ada Hakim boneka pulak dah kat Malaysia ni. Tapi memang tak pelikpun kalau betullah Hakim ni cuma Hakim boneka si pakcik Anwar. Sedangkan ada seorang Timbl Menteripun boleh jadi boneka orang tua tu, inikan pulak Hakim yang menguruskan kes tak senonoh dia. 

Kawan pakcik Anwar boleh letak pemimpin boneka kat Afganistan dan Iraq, inikan pula seorang Hakim kat Malaysia. Kerja senang je tu kekekekeke.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

APA PUN MAHKAMAH X TUDUH ANUWAR TAK BERSALAH MALAH MAHKAMAH KATA KETERANGAN SAIFUL JUGAK BOLEH DI PERCAYAI. POKCIK NUAR DAH KANTOL KT SITU BROO KEHKEHKEHKEH