Geng Bas Sekolah

December 23, 2011

SBPA Usaha Pembangkang Hendak Membunuh Najib Razak


PENJAWAT awam perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.

Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan gtertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.
.
Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah untung mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Baca selanjutnya disini


Akupun tak faham juga mengenai SBPA. Ini kerana tiada penerangan mengenainya dibuat di jabatan aku. Hanya surat pekeliling sahaja yang dihantar. Setakat baca pekeliling macam mana nak faham. Apapun memang ada ketidakadilan didalam SBPA. Pegawai semakin kaya manakala kakitangan sokongan semakin miskin. Silap silap akan hilang mata pencarian.

Memang eloklah DS Najib tangguhkan dahulu SBPA ni. Banyak keburukan daripada kebaikan. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

KLU SPBA NI UTAMAKAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH LEBIH DARI BERPENDAPATAN TINGGI AKU SOKONG! HUHUHUHU