Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menafikan 'cakap-cakap' blog yang mendakwa beliau menyokong demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.
Sebaliknya, menurut beliau, kehadirannya di situ hanyalah untuk menerima memorandum bantahan dua pertubuhan itu terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Malah, ujarnya, tindakan liar peserta demonstrasi yang bertindak biadab menggantikan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bendera perhimpunan mereka adalah perbuatan terkutuk dan merupakan satu kesalahan.
''Sesiapa sahaja boleh memberi tafsiran tetapi kehadiran saya di sana (PWTC) hanyalah semata-mata untuk menerima memorandum. Saya menjunjung kebebasan bersuara dan politik baru yang sihat dan segar dalam mematangkan demokrasi.
''Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya kepada mereka. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.
''Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak bertanggungjawab memohon maaf kepada Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahhh tak kira apa alasan pakcik, pakcik kena letak jawatan juga. Politik baru konon. Kalau setakat politik demonstrasi, tak ada yang barunya. Semua tu politik jahiliyah. Kat Indonesia politik demonstrasi tiap tiap hari berlaku. Tak maju juga demokrasi kat sana. Bertambah hancur negara Indonesia tu lagi adalah.
Malaysia tak perlukan politik baru, tak perlukan kebebasan bersuara. Negara ni ada undang undang. Ada saluran yang betul. Kalau nak sangat politik demonstrasi, pakcik sila bawa budak budak pakcik pindah ke Indonesia.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment