Geng Bas Sekolah

December 20, 2011

Malaysia Sememangnya Negara Dunia Ketiga


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk menggunakan dakwat kekal ke atas pengundi, selain memperkenalkan undi awal di kalangan anggota pasukan keselamatan.

Mengenai penggunaan dakwat kekal, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pindaan peraturan pilihan raya akan dibuat dan pengundi yang enggan dicalitkan dengan dakwat tersebut tidak akan dibenarkan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.


Menurutnya, sebanyak dua jenis dakwat tidak boleh luntur akan digunakan iaitu untuk pengundi biasa dan pengundi awal.

“Dakwat yang mempunyai kandungan argentum nitrat empat peratus akan digunakan untuk pengundi biasa, manakala pengundi awal akan menggunakan dakwat yang mengandungi tujuh peratus argentum nitrat, ini bagi memastikan dakwat itu kekal lebih lama pada kulit dan kuku pengundi awal.


“Dakwat untuk pengundi biasa akan kekal selama tiga hari dan dakwat untuk pengundi awal ialah seminggu. Dakwat ini mengandungi logam yang tidak boleh dicuci, melainkan pengundi itu mencabut kuku dan mengikis kulit mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Atas faktor keselamatan, Abdul Aziz bagaimanapun enggan mendedahkan warna dakwat, bentuk botol, warna kotak dakwat dan dari manakah dakwat kekal itu dibeli.


Syabas SPR, syabas Kerajaan Malaysia kerana berjaya mengundurkan semula sistem pilihanraya kembali ke zaman jahiliyah. Cukup memalukan apabila Malaysia yang dikatakan bakal menjadi negara maju menjelang 2020 tetapi hendak berpaling semula menggunakan dakwat didalam pilihanraya.

50 tahun dulu, pengundi tidak memerlukan dakwat kekal untuk mengundi tetapi negara aman makmur sehingga sekarang. Tetapi sekarang negara sudah maju tetapi malangnya pemikiran orang Malaysia kembali mengundur ke belakang.

Sememangnya orang Malaysia ni hanya bermentaliti dunia kelas ketiga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

Anonymous said...

Siapa yang setuju dengan dakwat ini memang jenis kolot lagi ketinggalan pemikiran. Tempat yang selayaknya bagi mereka adalah di negara Afrika dan dunia ketiga.

Anonymous said...

Salam 2 All,

Cuma satu soalan nak tanya kepada semua... sah ke bila kita mengambil air sembahyang kita dan dalam masa yg sama dakwat ini tak boleh dicuci... mengalirkah air dan meresapi ke kulit kita.... tak... yang arif tolong jawab.... TQ

Anonymous said...

ni semua kerja si kumpulan "kotor"

mahadzira said...

tQ BRO INFO YG BAIK TENTANG SPR SELAMAT MENGUNDI SEMUA....BAGUS GUNA DAKWAT INI