Geng Bas Sekolah

December 4, 2011

RTM Takut Dengan Bayang Bayang Sendiri


Dunia sudah akhir zaman. Tapi masih ada yang berfikiran seperti di zaman batu. Terbaru RTM khabarnya telah mengharamkan lagu "Panik" daripada Bunckface untuk disiarkan di radio kepunyaaan RTM.

Adoii lawaknya "orang dalam" RTM ni. Masih lagi berfikir yang mereka mempunyai kuasa mengawal media didalam negara ni. Bawak bawaklah sedar. RTM bukan lagi satu media penyiaran yang disegani kat Malaysia. Tanyalah anak muda, siapa yang nak menonton atau mendengar media kepunyaan RTM?

Dengan kepesatan teknologi media, banyak pilihan yang anak muda dapat. Tindakan RTM mengharamkan lagu tertentu hanya menjauhkan anak muda daripada RTM je. Ingat bila orang sebut RTM, orang akan kata Kerajaaan. Bila cakap Kerajaan, secara automatik orang akan jerit UMNO.

Bila RTM buat macam ni, UMNO juga yang akan dipersalahkan. UMNO juga dikatakan takut dengan perkataan reformasi, konspirasi, tuduhan, ancaman dan sebagainya. Cubalah berfikiran terbuka. Betul RTM memang wajar menyekat lagu lagu mengandungi makna kotor dan tidak baik. Tapi lagu "Panik" ni..Alahai lemaunya pemikiran "orang dalam" RTM.

Ingat ramai anak muda yang menyokong Bunkface. Jangan sampai hilang sokongan anak muda kepada Kerajaan sebab kebodohan agensi Kerajaan sendiri.

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi

Biarkan ku pergi juang
Bertentangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia
Biarkan ku pergi juang

Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia

Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna
Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci

Ancaman mereka tiada henti
Aku selami
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati

Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu

Pada mereka yang setuju
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia


Hidup Anak Muda ! Reformasi ! Reformasi !

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

alahai RTM.. sebenarnya bukan RTM, TV3 pun..kalau dah keterlaluan orang BN pun 'lugar perut' nak menontonnya. Lagu2 patriotik tu ok la.. nie lagu ND Lala - PM kita per semua tu, ingat boleh buat lebih ramai org muda sokong ker.. makin meluat ader la. Bukan ke penghormatan & penghargaan tu akan dapat bila kita selayaknya miliki, bukan dgn cara promo, propa dan push ke minda camni. eg Dr M, tampa sebarang jawatan besar dlm politik dan kerajaan, seluruh dunia masih respect dia.

nie lak isu lagu2 kecil, see nie yang geng2 kebebasan ambil peluang nie. sampai lagu camni pun nak di band aper cerita. even kalau lagu tu berbaur pro pembangkang apa salahnya, yang menilai adalah rakyat, dan diterjemahkan balik thru PRU nanti. ingat kalau lagu2 camni di band anak2 muda tak dapat dengar lagi la..SALAHH.. zaman dulu boleh la, hp org2 kaya jer pakai, komputer dlm 1 kg kalau ada 1 tu pun mujur, internet jauh panggang dari api..sekarang lain cerita, ban2 camni makin semangat org muda nak dengar adelah. Kenapa tak sekat je terus internet dan tel sekali.. ish ish

P/s : RTM harap dapat siarkan video pementasan2 Teater di Istana Budaya dan Taman2 Budaya di Negeri2 agar semua dapat kongsi keindahan teater, dokumentari2 sejarah and arkeologi Lembah Bujang ke, dokumentari kebudayaan2 etc, dan satu lagu Dokumentari Budaya Abad 21 (Budaya bukan terhenti sampai abad 20 je kn), yg budak2 muda duk amalkan ni walaupun nampak di peringkat global pun sama, tapi tak dapat tidak itu adalah budaya zaman sekarang, teknologi maklumat memungkinkan segalanya..pegi ulang siar rancangan Animal Planet buat aper, yg lama lak tu..

Alif Yusof said...

Aku pun naik menyampah dengan lagu PM utk semua tu. hehe