Geng Bas Sekolah

December 9, 2011

Langkawi VS Phuket


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi yang melibatkan anggaran pelaburan sebanyak RM5 bilion dalam tempoh lima tahun untuk meletakkan nama pulau peranginan itu sebaris dengan pulau terkemuka dunia.

Menerusi pelan tindakan rangka kerja terperinci itu, kedudukan dan potensi Langkawi diberi nafas baru bagi mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadikan pulau lagenda berkenaan sebagai antara 10 pulau dan destinasi ekopelancongan terbaik dunia menjelang 2015.

Perdana Menteri berkata, pelan induk berkenaan menggariskan 14 inisiatif meliputi tiga tema iaitu produk, infrastruktur dan pembolehdaya yang dijangka merancakkan lagi industri pelancongan di situ dalam tempoh tersebut.

"Pelaksanaan blueprint ini dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion menerusi kedatangan tiga juta pelancong pada 2015 selain mewujudkan sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baru," katanya ketika melancarkan blueprint berkenaan di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama menyaksikan pelancaran berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Najib, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 92 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta dan bakinya diperuntukan kerajaan sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2012.


Baik cadangan pembangunan Langkawi tetapi harap DS Najib dapat melihat juga kesan kesan negatif yang boleh melanda kepada penduduk P.Langkawi. Aku cuma bimbang pembangunan Langkawi yang pesat akan mengubah nilai nilai murni dan moral generasi muda P.Langkawi.

Aku pernah 2 3 kali ke langkawi. Memang tak dinafikan gelagat umat islam disana yang meneguk arak memang boleh dilihat terutama pada waktu malam di tepi pantai. Itu belum campur dengan pelacuran dan juga bohsia yang ada di pekan Kuah.

Pembangunan fizikal penting tetapi perlu seiring dengan pembangunan rohani. Tiada guna makna kemajuan sekiranya ianya hanya melahirkan generasi yang rosak moral.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

TU LE MSLHNYA KLU CINA ULTRA CHAUVINIS YG BERKUASA KAT SANA BROO..SINGAPORK NO. 2...ADOIYAIII