Geng Bas Sekolah

December 2, 2011

Gomo Terkilan Kakak Angkatnya Dihina Oleh Ahli UMNO !


Sepanjang hari sejak berlangsung nya Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC Gomo sering mendengar mengenai cakap cakap orang UMNO sendiri mengenai Dato Seri Sharizat Jalil Ketua Wanita UMNO yang terpalit dengan isu National Feedlot Coporation yang mana digerakkan oleh Syarikat suaminya.

Betul memang tidak dapat dinafikan bahawa isu Lembu NFC besar impaknya kepada UMNO malah boleh dikatakan ramai ahli UMNO sendiri meluahkan kekecewaan keatas Kak Jat walaupun hakikatnya mereka itu semua tidak mengetahui perjalanan dan kaitan ladang Lembu NFC dan Kak Jat.

Apa yang Gomo nak nyatakan disini bukanlah mengenai isu NFC ataupun Fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang tetapi nak mengulas dari 2 biji mata dan 2 telinga yang ada ni sepanjang Gomo di PWTC.

Ini lah masaalah ahli UMNO, masaalah yang mana bila melibatkan kepimpinan kita maka ceritanya bersambung sambung dan sahut menyahut antara satu sama lain. Isu yang kecil menjadi besar malah ditokok tambah pula dengan pelbagai gaya dalam menjadikan cerita tersebut sedap dan enak didengar.

Pembangkang PKR meletakkan tajuk besar dalam isu NFC dan juga menyerang peribadi Kak Jat namun mereka tidak menjalankan cerita tersebut tetapi ahli UMNO lah yang menyambung perjalanan skrip yang ditulis oleh pembangkang.


Ada yang berkata Kak Jat perlu berundur, ada ahli UMNO kata Kak Jat sudah menjadi Liabiliti kepada UMNO dan bermacam macam cerita keluar sepanjang Perhimpunan Agong ini. Dan dalam hal ini Gomo memberikan 100% Markah kepada pembangkang kerana berjaya menghasut ahli UMNO untuk memandang sinis kepada Kak Jat.

Ahli UMNO perlu sedar bahawa wanita UMNO adalah tulang penting dalam meneruskan kesinambungan UMNO. Malah Gomo yang sudah acap kali ke Pilihanraya Kecil amat mengkagumi wanita UMNO yang sanggup berjuang habis habisan dalam meraih undi dari penduduk setempat sehinggakan mereka berkorban meninggalkan anak dan suami dalam memastikan UMNO menjuarai rakyat.

Kak Jat perlu kekal sebagai ketua Wanita UMNO, Kak Jat perlu memastikan jentera Wanita tidak hilang semangat dengan Fitnah yang melanda ini dan Kak Jat perlu memastikan bahawa UMNO Menang pada PRU 13. Itu keutamannya dan ianya mesti dilakukan dengan bantuan jentera Wanita UMNO.

Baca selanjutnya disini


Aku nak komen banyakpun tak pandai. Dari perbualan aku dengan rakan sekerja, beberapa orang tua tua, mereka boleh dikatakan PERCAYA dengan fitnah pembangkang. Lebih tepat mereka kaitkan projek yang dipegang oleh suami Kak Jat dengan diri Kak Jat sendiri. Senang cakap kroni lah.

Aku tahu Kak Jat dan projek lembu tak bersalah. Tapi entahlah. Aku serahkanlah hal ni kepada pucuk pimpinan UMNO sendiri. Aku percaya DS Najib dapat memikirkan hal ini semasak masaknya. Cuma satu jelah. Ahli UMNO seharusnya setia kepada perjuangan dan parti. Jangan dilihat siapa yang memimpin. Selagi kepimpinannya bagus dan elok, sokonglah. Kalau tak suka, jangan disebut sebut kepada orang lain atau memanjangkan cerita fitnah pembangkang.

Lain zaman PakLah dulu...Ahh malas nak sebut pasal orang tua tu..Buat sakit hati je.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

SDR Remaja,mohon masuk buat ulasan:

Kena cakap biznes dulu;

1.This is about the Auditor General's Report.
2.Corporate Governance.
3.Insider Trading.
4.Arms Length Transaction.
5.Securities Commission Practice notes.
6.Companies Act 1967.
7.Disclosure.

Isu pokok :

A:Dah bagi pinjaman untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu dalam negeri mengganti impot dan juga guna pakai sumber tani dah ok tu.
Tapi
B:
1.Bila ada kaitan dengan menteri yang masih berjawatan, itu adalah political blunder.

2. DAN beli asset yang tak ada kaitan dengan matlamat atau sinergy bisnes asal,apa kena kena pelaburan harta tanah itu "financial Imprudence" yang burok DAN sakit.

3.Lagi bila expot daging hasil ladang yang sasar kant ganti impotan daging, kapada negeri Timur tengah, itu sudah super punya seleweng matlamat asal.

BLUE ocean strateji pun buat macam ini kut.
Kalau duit grant ada lebihan, gunalah
1.Tambah infrastrutur,
2.buat modal pusingan saperti anak ternakan makan rumput, tambah baja padang ragut.
3.tambah jentera pump mesin potong rumput 4.tanam alfafa jagung
5.dirikan bangunan tambahan
6.tukar effluent pumps motor genset set----
buat apa melabur di luar bidang bizness charter dan mission.
Kalau tak mau buat itu semua, hantar wang lebihan balik kapada Akauntan Jeneral.
Common sense should prevail.
jangan kata tidak penyelewengan,sebab sesiapa yang kata tidak anada penyelenwang bersdasar kan prinsip bisnes akan mengundang rembatan demi rembatan dari pati politik dan ngo yang tidak bencikan usaha bekal daging lembu halal untuk orang Islam Melayu.

Jangan lah marah orang yang kritik penggendali projek atas prinsip asas biznes "corporate governance" dan wang dari pembayar cukai.

arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

SIASATAN POLIS DAH MENGESAHKAN TAKDE KES. LAIN LA KALAU ADA BUKTI LAIN YG LBEY KONKRIT. MSLHNYA APE YG FUCKATAN CUBA NAK BUKTIKAN HANYA CAKAP2 TIN KOSONG. BKN SEKALI TP DAH BYK KALI!..BUKTI BIKIN SENDIRI! KEHKEHKEH