Geng Bas Sekolah

December 21, 2011

Datuk Hasan Ali Mendedahkan Pemimpin PAS Yang Munafik


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali menegaskan bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan bongkak dan sombongnya telah menggunakan autoriti jawatannya secara melatah dan hilang arah hingga sanggup bermain dengan api fitnah.

Akibatnya beliau berkata, Mustafa telah meletakkan dirinya di paras yang rendah dari sudut kewibawaan serta kemampuan mengawal emosi.

''Saya telah dikatakan terperangkap dengan perangkap UMNO dan kenyataan yang saya buat sebelum ini juga dikatakan berkait rapat dengan agenda UMNO untuk melemahkan Pas.

''Mustafa Ali terus menyerang saya dengan nada yang agak personal yang mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkait dengan isu pokok antaranya ketidakhadiran saya dalam mesyuarat Pas Selangor,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hasan meminta Mustafa menyatakan secara berfakta atas dua perkara;

''Pertama saya terperangkap dengan perangkap UMNO dan kedua saya terlingkung dalam agenda UMNO untuk melemahkan Pas.''

Dalam perkembangan berkaitan Hasan menyangkal tuduhan Mustafa yang menyatakan beliau terlibat dalam usaha untuk meyakinkan ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip dan nilai hidup berlandaskan Islam.

''Saya ingin tegaskan apa yang saya sedang lakukan adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan Pas supaya Pas tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

Berhubung kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar supaya beliau menyertai UMNO, Hasan berkata, ia merupakan kenyataan yang ditimbulkan oleh orang bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan mutakhir sesuatu isu.

''Di sini saya juga meminta pucuk pimpinan tertinggi supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib kerana beliaulah yang memulakan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti,'' katanya lagi.


Perghh gila sungguh orang dalam PAS ni. Dah puas fitnah UMNO, sekarang ni dok fitnah Datuk Hassan Ali pula. Semuanya sebab sayangkan pakcik Anwar dan DAP. Sanggup buang islam sebab nak undi kaum cina hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

ALA BIASAK LA BROO..PAK MUSTOPE TAU PAS MMG DH TERJEBAK DGN KEGIATAN MAKSIAT PKR & DAP. PRINSIP PAS MUDAH..ALANG2 DAH KE LUBANG NERAKER JGN STOP TUDING JARI KT UMNO KEHKEHKEHKEH