"Bukan setakat menurunkan bendera malah kami mampu berbuat sesuatu lebih dahsyat terhadap sesiapa yang bertindak biadab ke atas agama, bangsa, negara dan pemimpin kami."
Demikian peringatan Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengenai kebiadaban sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu.
Justeru katanya, beliau mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak lagi mengulangi perbuatan itu kerana ia hanya akan membawa padah.
"Kami sedar pembangkang memasang jerat agar kami bertindak balas dan dilihat sebagai tidak menghormati suara mahasiswa.
"Perlu diingatkan itu bukan caranya untuk menyampaikan pendapat. Apa perasaan mahasiswa itu jika kami masuk ke rumahnya dan jatuhkan gambar ahli keluarga mereka dengan alasan mahu memberi pendapat. Disebabkan itu, jangan ulangi lagi perbuatan biadab ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tidak setakat menurunkan bendera itu, malah kumpulan mahasiswa tersebut turut memijaknya selain menaikkan bendera mereka sendiri di situ.
Tindakan tersebut nyata membangkitkan kemarahan ramai pihak sehingga beberapa pertubuhan bukan kerajaan berhimpun di pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mendesak institut pengajian tinggi tersebut mengambil tindakan ke atas mahasiswanya yang dikenali sebagai Adam Adli kerana didakwa menjadi dalang kejadian itu.
Megat yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) turut mengingatkan pembangkang agar tidak memperalatkan mahasiswa sebagai perisai kepada permainan politik mereka.
"Melalui gambar dan video, penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam demonstrasi diadakan mahasiswa Sabtu lalu adalah jelas.
"Begitu juga apabila pelajar itu membuat laporan polis semalam, terdapat 'orang' Parti Keadilan Rakyat (PKR) di belakangnya. Kalau hebat sangat, jangan minta mahasiswa sebaliknya Angkatan Muda Keadilan (AMK) sendiri yang perlu hadir ke PWTC," tegasnya.
Nak suruh AMK sendiri berdemo? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Kalau AMK sendiri yang berdemo, aku rasa orang tergelak je dowh. Nak pulak tengok ketua AMK tu. Memang jadi bahan Maharaja Lawak Mega je lah hahahaha.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
nie sam ketot ke atau SamBetMen?
Ahak-ahak .... kesian Adam Adli, dia betul-betul diperalat dan dipergunakan PKR dalam hal nie ....
Benih-benih Anwar mungkin dah memenuhi segenap pelosok tubuh Adam??
Post a Comment