Geng Bas Sekolah

December 19, 2011

Anwar Ibrahim Menghidap Lemah Jantung ?


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dengan segera sebelum terus menjadikan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform untuk melepaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Penasihat PKR itu seharusnya bertindak gentlemen dengan menentang Dr. Mahathir secara peribadi kerana semua isu yang dicetuskan olehnya merupakan kisah-kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.

''Kalau kita tengok, segala isu yang Anwar cuba mainkan sangat bersifat dendam terhadap Dr. Mahathir, jadi buat apa lagi beliau duduk dalam politik ekoran beliau tidak pernah membangkitkan isu untuk kepentingan rakyat.

''Justeru dalam isu kononnya Dr. Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia itu, telah terang dan jelas yang Anwar cuba memainkan isu peribadi. Jadi wajarlah beliau berhenti daripada politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mencabar Anwar memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Mengulas lanjut, beliau percaya, Anwar tidak akan menyahut cabaran tersebut memandangkan isu itu sememangnya tidak benar dan dakwaan tersebut hanya strategi untuk mengganggu kepercayaan rakyat terhadap Dr. Mahathir dan Barisan Nasional (BN).


Pakcik Anwar dah nyanyuk. Tu pasal orang tua ni buat tuduhan melulu. Main petik je isu ikut suka hati mak bapak dia. Padahal isu tu bukannya betulpun. Banyak merapu dari fakta. Kalau nak tahu fakta, korang boleh klik sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

nuar lu mampos pun gua tak heran. lagi bagus kalau lu memang tak ada di bumi ni. bikin busuk nama negara sahaja. sendiri berak mau orang lain cuci. mana ada jalan maa.