Geng Bas Sekolah

November 21, 2011

Senjata Negara Hilang Dari Simpanan ATM ?


1. Semalam, 'Konvesyen Media Sosial 1Malaysia' yang menghimpunkan pengamal media sosial pro BN telah berlangsung di PWTC. Hampir 2000 terdiri dari berbagai kaum telah hadir dan menyertainya sebagai tanda sokongan kepada BN.

2. Pada suatu masa, Sayed Munawar (Moderator) dan Norbisha (Ahli Panel) melontarkan soalan serupa; 'Apakah pemimpin sudah menyedari kepentingan dan peranan media sosial' ? Jauh disudut yang terpencil saya menjawab didalam hati...'Ya! Mereka kata mereka sedar tetapi sebahagaiannya tidak! Ya! Mereka sedar tetapi kebanyakan dari mereka tidak melakukan apa-apa!

3. Ketika PM hadir...beliau diberikan sanjungan yang hebat...2000 peserta dengan penuh semangat meraikannya. Tetapi ini bukan gambaran sebenar populariti beliau kerana ini hanya sebahagian kecil dari rakyat negara dan mereka ini semuanya adalah pro kerajaan, mereka tidak akan hadir jika bukan kerana menyokong kerajaan. Menang di gelanggang ini bukan bererti akan menang di PRU nanti!

4. Dalam ucapan PM menghargai sokongan terhadapnya, beliau menganggap pengamaal media sosial sebagai bala tentera yang berjuang di alam siber untuk pertahankan kerajaan. Ketika beliau menanya hadirin apakah mereka semua lengkap bersenjata dan mempunyai; Laptop? Galaxy Tab? Blackberry? ...jawapan yang saya dengar disekeliling saya adalah; Tidak!....Tidak!...Tidak!....

5. Saya dan sahabat bertanya-tanya, mungkinkah senjata dan peluru gugur ditempat yang salah?

7. PM telah dengan beraninya turun ke Konvesyen sebagai seorang 'leader', untuk menjadi 'Komandan' kepada sibertropper ini. yang selama ini kita tidak menghargainya dan tidak menyedari bahawa kita sudah sekian lama ada barisan pejuang yang ingin dan ikhlas untuk pertahankan negara dan kepimpinan.

8. Saya mendengar bisikan dari kawan-kawan; untuk berjuang dan untuk pertahankan mereka, apakah senjata kita? Kita hanya ada satu peluru.....yang apabila kita tembak, maka kita akan terpaksa memohon peluru yang baru...., tidak ramai pemimpin yang mengerti terutama kepada mereka yang 'buta hati'.

Sumber: BH


Konvensyen semalam memang meriah. Tapi kalau sekadar meriah tapi tiada bantuan disalurkan kepada para pengamal media sosial, tak guna juga. Baik buat funfair je bagi kanak kanak datang bermain.

Apa yang saudara BH katakan adalah benar. Untuk bertempur diruang siber, senjata amatlah penting. Tanpanya, macam mana nak berperang. Aku juga difahamkan ada sedikit bantuan pernah diberikan tetapi malangnya bantuan tu dah dirembat oleh seseorang. Aku nak cakap nama, takut cerita ni tak betul jadi aku malas nak bising bising. Mungkin blogger otai yang lain lebih mengetahui cerita ini.

Harap para pemimpin dapat membantu kami. Bukan banyak yang kami minta. Hanya sedikit bantuan diberikan diatas usaha yang kami berikan selama ini. Itu saja.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Dot said...

anak remaja kini,

ambo pun berjuang dlm keadaan sengal abih! laptop yg di curi seminggu sebelum raya posa hari tu sampai ari ni belum berganti, asyik berebut dgn seisi rumah nak guna pc...

komitmen utk berblog kdg2 tersekat tp semangat tetap tak luntur. duit yg ada perlu dijimatkan utk persekolahan & pengajian anak2...
InsyaAllah, jika ada rezeki lebih, mungkin bl dpt bonus ni, bolehla beli laptop cokia satu! doakan ambo anak muda!!