Geng Bas Sekolah

November 20, 2011

Fuziah Salleh Abaikan Orang Kuantan


MCA Kuantan bimbang dengan aktiviti perjudian Internet yang didapati semakin menular di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar bandar ini.

Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, masalah itu difahamkan semakin serius sehingga ada pelajar sanggup berhutang dengan ah long untuk melepaskan ketagihan mereka kepada judi Internet yang ditawarkan di kafe-kafe siber.

''Saya minta sangat ibu bapa pantau aktiviti anak-anak bagi mengelakkan terjebak dengan perkara ini. Biasanya ibu bapa hanya tahu yang anak mereka terlibat judi apabila dihubungi ah long.

''Saya sendiri ada menerima aduan daripada ibu bapa yang terkejut anak-anak mereka terlibat dengan ah long akibat judi Internet.

''Malah sudah ada beberapa kes yang saya sendiri bantu ibu bapa selesaikan hutang ah long yang dibuat anak-anak mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian wang bantuan khas persekolahan 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih (SMKAP) di sini kelmarin.

Kira-kira 1,500 pelajar SMKAP layak menerima wang RM100 sebagai bantuan persekolahan yang diberikan kepada pelajar di seluruh negara.

Baca selanjutnya di Pahang-ku


Macam macam hal berlaku di Kuantan sekarang. Semuanya sebab salahlaku orang yang sepatutnya bertanggungjawap iaitu makcik Fuziah Salleh. Makcik Fuziah sibuk dengan kerja kilang, dia abaikan orang Kuantan. Pemimpin macam ni pun ada...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

POZIAH SIBUK FITNAH KERAJAAN BROO. MANE ADE MASA NAK TENGOK KEBAJIKAN KAWASAN DIA BROO?? KEHKEHKEH