Geng Bas Sekolah

November 17, 2011

PIBG Rompak Pelajar Sekolah ?

Gambar Hiasan

Pemberian RM100 kepada setiap orang pelajar oleh Kementerian Pendidikan, rupa-rupanya memberikan ilham yang sangat besar kepada PIBG. Dilaporkan sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur telah MENCILOK RM50 daripada bantuan RM100 tersebut.

Yuran PIBG merupakan antara yuran terbesar yang perlu serta wajib dibayar oleh setiap pelajar. Walaupun PIBG sebenarnya tidak banyak berfungsi melainkan sekadar mengadakan LAWATAN SAMBIL BELAJAR dan elaun mesyuarat, namun kewujudan PIBG tidak pernah dipersoalkan.

Selama ini, PIBG dilihat sangat bebas dan tidak terikat dengan sebarang undang-undang. Akaun PIBG tidak pernah diaudit. Kegiatan PIBG juga tidak banyak dicabar. Kebanyakan ibu bapa tidak pernah peduli dengan PIBG dan apa aktiviti yang dilakukan oleh persatuan tersebut. Apatah lagi PIBG merupakan persatuan yang setaraf dengan kelab-kelab di sekolah, bezanya ia melibatkan orang dewasa yang sudah tentu amat bijak dan licik.

Jangan tidak, ada PIBGN yang merupakan persatuan induk bagi PIBG-PIBG lain yang berkuasa 'autonomi'.

Dengan yuran terbesar yang disebat oleh PIBG, seharusnya setiap ibu bapa mempersoalkan peranan PIBG di sekolah anak masing-masing. Harus juga ditanya setiap kali mesyuarat PIBG, berapa ramaikah pelajar yang telah menerima faedah daripada kewujudan PIBG di setiap sekolah.

Tindakan memotong separuh daripada RM100 atas alasan untuk pembayaran yuran oleh PIBG sekolah terbabit merupakan sesuatu yang sangat terkutuk. Seandainya PIBG sekolah tersebut sudah terlalu berani berbuat demikian, maka kewajaran pembayaran setiap sen yuran kepada PIBG itu juga harus dipersoalkan untuk sebarang tujuan.

Jangan hanya kerana PIBG 'wajib' ada di sekolah, maka persatuan tersebut bebas menjadi jerung dan lintah darat yang hanya pandai mengira jumlah pembayaran yang mereka terima, tetapi hasil dan faedah kewujudan persatuan berkenaan kepada setiap orang pelajar boleh dibilang dengan jari!!!

Sumber : TFK


PIBG...Dah macam PBB..Langsung tak berguna kepada masyarakat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: