Geng Bas Sekolah

November 17, 2011

Dakwat Kekal - Pembangkang Bantah

Akhir zaman, semakin ramai manusia yang rosak akhlak dan pemikiran bercita cita hendak menjadi pemerintah. Apa sahaja cara walaupun jelas salah tetap digunakan. Semuanya kerana mahukan cita cita mereka tercapai. Begitu juga dengan sekumpulan manusia yang ada di Malaysia. Kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat beriya iya hendak menggunakan dakwat kekal didalam pilihanraya.


Walau begitu, cara yang mereka mahukan jelas mempunyai muslihat tertentu. Dakwat yang mereka kata kekal itu sebenarnya tidak kekal langsung. Boleh dibersihkan dengan mudah.Bila perkara ini berlaku, kumpulan ini akan mengadakan rushan dan menimbulkan suasana tidak aman diwaktu pilihanraya nanti. Dan kemudian mereka akan menuduh Kerajaan sengaja menimbulkan masalah. Taktik sebegini sememangnya sinonim dengan kumpulan Pakatan ini.

Malah PakLah juga sudah tahu taktik kumpulan Pakatan ini :

"ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi. ."


Cara yang terbaik adalah menggunakan sistem biometrik. Sistem biometrik akan mengesahkan identiti pengundi dan seterusnya memasukkannya kedalam rekod. Cara itu lebih selamat dan boleh dipercayai daripada penggunaan dakwat.

Kalau kumpulan Pakatan ni gian juga nak main dakwat, dipersilakan bermain di negara negara mundur seperti Afganistan, Somalia, Timor Leste dan sebagainya. Kami di Malaysia ni tak mainlah dakwat dakwat ni ye.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: