PEMBUKAAN Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa lokasi perumahan dan kawasan komersial sekitar ibu negara mula memberi tekanan kepada pengusaha pasar raya besar dan peruncit yang mula menurunkan harga barang keperluan pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata perkara itu semakin jelas apabila pihak pembangkang cuba menimbulkan isu perbezaan harga antara barang KR1M dengan produk pasar raya besar.
“Kementerian berterima kasih kepada tiga ahli Yang Berhormat (YB) terutama Kuala Selangor (Dr Dzulkefly Ahmad), Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Petaling Jaya Utara (Tony Pua Kiam Wee) kerana menjadi pemerhati harga bagi pihak KPDNKK.
“Ini kerjasama baik antara KPDNKK, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat...bagus, bermakna apa yang kami buat, YB tak bantah dan bagi pula maklumat kepada kami.
“Ini satu sinergi yang sangat positif,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.
Akhirnya anak pakcik Anwar ni mengaku juga yang Kerajaan BN memang membantu rakyat.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment