Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, penganjur tanpa alasan yang munasabah telah menangguhkan proses penyampaian hadiah hampir 24 jam selepas kuartet tersebut memenangi emas dan ia merupakan satu perkara yang jarang berlaku.
"Mereka berlari pada pukul 8 malam 14 November, tetapi upacara penyampaian hadiah hanya dilakukan pada keesokan hari pada pukul 7 malam. Kelewatan penyampaian tersebut hampir 24 jam dan kita tidak tahu apa sebabnya tetapi kementerian mengambil serius perkara ini.
"Memang dasar kita setiap atlet diberi rehat sehari selepas pertandingan sebelum kembali ke tanah air tetapi disebabkan penangguhan adalah hak penganjur, kita tidak dapat berbuat apa-apa," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab persoalan beberapa Ahli Parlimen antaranya Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading); P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang mahu tahu kenapa kuartet emas tersebut terpaksa pulang awal sebelum menaiki podium.
Inilah realiti pandangan Indonesia kepada Malaysia. Mereka tak pandangpun pada kita ni. Bagi mereka, kita ni sampah padahal merekalah yang sebenarnya sampah. Sebab tu aku rasa kita tak perlu nak membantu sangat mereka ni. Mereka bukannya berterima kasihpun pada kita.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment