Datuk Nalakaruppan hari ini berguling guling gembira sebab dia dah pegang jawatan Senator. Akhir zaman ni, orang tak buat kerja diberi pujian dan jawatan. Orang yang berhempas pulas bekerja dapat hampas je.
Nalakaruppan ini dahulunya seorang kawan baik pakcik Anwar. Tokey Magnum malah pernah beri sampai berjuta ringgit kepada pakcik Anwar. Nala ini jugalah yang supply perempuan kepada pakcik Anwar. Nala yang berstatus bekas Bapa Ayam boleh jadi Senator. Ini dah macam cerita filem tamil.
Sama juga dengan Ezam. Dahulu Ezam ni hardcore pakcik Anwar. Sanggup bergolek berguling untuk mempertahankan pakcik Anwar. Last last atas alasan dah tahu kebenaran, Ezam diberi jawatan Senator. Murahnya pangkat dan darjat kat Malaysia ni ye.
Dalam kes kedua manusia ni, aku sebenarnya kasihan dengan veteren veteren UMNO yang sejak dahulu hingga sekarang tetap setia kepada UMNO. Tapi langsung tak dihargai. Kat kampung aku, banyak kes macam ni. Golongan ni ramai yang terpinggir. Baik lelaki atau perempuan. Semua tak dipandang. Yang dapat habuan cuma ketua ketua dan kroni mereka saja.
Bayangkan veteren UMNO yang TIDAK pernah berpaling dari UMNO tidak sekalipun berpeluang menjejak kaki ke Parlimen, pegang sebarang jawatan apatahlagi berjumpa dengan menteri dan PM. Tapi mereka yang dahulunya musuh UMNO, yang menghina dan memaki UMNO dan orang UMNO kini diberi jawatan dan pujian.
Dunia sudah terbalik.....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
petanda awal UMNO BN akan dikalahkan oleh UMNO sendiri ~ bh
AKU HENSEM
JGN SALAHKAN DUNIA SUDH TERBALIK
YG TRBALIK MALAYSIA JE
Post a Comment