Malam tadi aku menonton berita dunia. Bila cakap soal berita dunia, sudah pasti fokus lebih banyak diberikan kepada rusuhan yang berlaku di Mesir. Rusuhan yang bermula 3 hari lepas tercetus apabila rakyat Mesir menuntut pemerintahan tentera dimansuhkan dan diadakan pilihanraya secepat mungkin.
Oklah kalau nak tahu lebih mendalam tentang rusuhan ni, korang boleh baca kat blog lain. Yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang bias berita yang disiarkan oleh media asing.
Kalau korang perasan, berita rusuhan melibatkan negara islam lebih banyak dimainkan oleh media berbanding rusuhan yang berlaku dinegara negara barat. Kalau nak diikutkan, rusuhan yang berlaku di Greece dan Britain tak kurang ganasnya. Tapi berita di negara barat ini jarang dimainkan oleh media asing.
Cuba kalau negara islam macam Tunisia, Mesir dan Libya. Setiap hari mereka akan ulang dan kalau boleh setiap jam mereka nak laporkan berita. Tapi bila kena negara barat, mereka diamkan dan hanya menunjukkan rusuhan atau kemusnahan kecil. Padahal kemusnahan yang berlaku juga adalah besar dan dahsyat.
Inilah kuasa media yang dikawal oleh yahudi zionis. Mereka boleh membuat berita kecil menjadi besar dan berita besar menjadi kecil. Mereka sentiasa mencari jalan nak memburukkan imej negara dan agama islam. Dalam masa yang sama mereka menyembunyikan keburukkan yang berlaku di negara barat.
Sebab itulah orang islam kena berhati hati. Jangan terlalu mengikut perasaan. Nak merusuh, nak berdemo tak tentu arah. Akhirnya yang menjadi buruk adalah imej dan nama islam itu sendiri. Musuh islam sentiasa memerhati dan mencari jalan nak menghancurkan negara islam.
Tidak melalui peperangan, mereka akan menyerang dengan merosakkan imej dan nama sesebuah negara. Itulah yang berlaku di Iran sekarang. Mereka burukkan Iran dengan cerita program nuklear dan seterusnya melakukan sekatan ekonomi.
Sama juga yang berlaku di Iraq dahulu. Iraq diserang kononnya ada senjata nuklear. Media asing setiap hari mainkan cerita WMD. Akhirnya sebijikpun tak ada. Saddam Hussin dibunuh oleh orang kafir. Dan sampai sekarang Iraq masih belum aman.
Semuanya melalui media. Orang yahudi zionis menggunakan media untuk menyerang imej dan pemikiran orang islam. Akhirnya orang islam saling berbunuh sesama sendiri. Berhati hatilah kerana Malaysia sentiasa didalam senarai mereka.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment