Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.
“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.
Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.
Berita ini sudah pasti disambut gembira oleh puak PAS. Sebab mereka ni memang gila berpolitik. Kalau boleh sampai penghujung hayatpun masih nak berpolitik. Contoh terbaik tu boleh tengok kat Kelantan. Dah sakit uzurpun masih taknak lepas jawatan MB.
Suka hati koranglah. Bila gagal dalam pelajaran jangan salah Kerajaaan pula.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment