Geng Bas Sekolah

October 5, 2011

Xinhai Geming



Xinhai Geming bertujuan memperingati ulang tahun ke-100 Revolusi Xinhai yang bermula dengan Pemberontakan Wuchang pada 10 Oktober 1911 dan berakhir dengan kejayaan menumbangkan sistem beraja dengan menggulingkan Maharaja Puyi dari takhta pada 12 Februari 1912.

Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (dikenali sebagai dinasti) dan dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing ditumbangkan melalui Revolusi Xinhai dengan penubuhan Republik China (ROC).

Konflik revolusi ini menyaksikan pertarungan antara Angkatan Diraja Dinasti Qing dan angkatan Perikatan Revolusi (Tongmenghui) dan ia digelar Xinhai kerana 1911 merupakan Tahun Xinhai dalam kitaran 60 tahun mengikut kalendar Cina. 

Bayangkan sekiranya orang melayu juga melancarkan revolusi menentang sultan sultan melayu dahulu? Bagaimana sudahnya negara ini? Adakah Malaysia akan menjadi lebih baik daripada sekarang ataupun menjadi lebih buruk? Tiada siapa yang tahu....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: