Geng Bas Sekolah

October 5, 2011

Cikgu Puaka

Ibu bapa tiga murid yang dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepakat untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap guru yang dikatakan mengurung anak mereka daripada menduduki peperiksaan tersebut bulan lalu.

Meskipun gembira anak-anak mereka dibenarkan mengambil UPSR hari ini, ibu bapa terbabit tidak berhasrat untuk menarik balik tindakan mereka menyaman pihak yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Bapa salah seorang murid terlibat, Ganyol Lubok berkata, pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada seorang peguam yang mewakili keluarga ketiga-tiga murid terbabit untuk meneliti tindakan undang-undang yang akan diambil.

"Kami semua sepakat akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas guru yang menyebabkan anak kami dikurung serta dihalang menduduki UPSR.

"Tindakan ini dilakukan untuk memberi pengajaran supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kepada ibu bapa serta anak-anak lain," katanya ketika ditemui di hadapan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Meradong di sini, hari ini.


Memang patut teruskan saman. Jangan bagi muka kepada pihak sekolah. Pihak sekolah sekarang aku tengok dah terlalu mengada ngada. Semua nak kejar ranking sekolah terbaik. Lepas tu yang dapat nama cuma pengetua dan guru kanan je. Murid murid yang bekerjakeras tak dapat apa apa.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

INGATKN CIKGU2 NI BIJAK2 BELAKA..RUPENYA ADA GAK CIKGU YG TOTOK BONGOK! KEHKEHKEH ADOIYAIII..BUAT MALU CIKGU CIKGI JERKK