Begini strateginya. Isu hudud dan beberapa lagi isu berkaitan Islam akan dibangkitkan. Dan kemuncaknya bila Anwar disabit oleh Mahkamah atas pertuduhan meliwat (hampir pasti akan disabitkan kesalahan sebab pembelaan alibi Anwar sudah kaput, sampai terpaksa tukar pembelaan "anuWaar" nya tak berfungsi!
Maka masa itu isu perlaksanaan hudud sekali lagi akan dibangkitkan! Isu qazaf akan dibangkitkan! Isu negara Islam perlu ditubuhkan akan dicanang semula. Sampai ke satu peringkat, PAS akan mengisytiharkan bahawa mereka akan melaksanakan juga hudud walaupun parti cauvinis biaDAP tidak setuju.
Akan berlakulah sandiwara terbesar dalam sejarah negara. PAS akan dilihat bergaduh dengan biaDAP. PAS akan maki biaDAP; biaDAP akan kutuk PAS. Datuk Nik Aziz akan cabar Karpal; Karpal akan cabar Datuk Nik Aziz. Kemuncaknya Karpal dan biaDAP akan desak supaya PAS diketepikan dan dibuang daripada Pakatan pembangkang. PAS akan berkeras kononnya mempertahankan perjuangan nak melaksanakan hudud. Isu ini akan diperpanjangkan sampai berdekatan dengan PRU 13.
KEMUNCAKNYA BILA DAH DEKAT PILIHANRAYA, PAS AKAN BERSANDIWARA DAN BERLAKON KELUAR DARIPADA PAKATAN KONONNYA MAHU BERJUANG SENDIRI UNTUK PERJUANGAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD, QISAS & TA'ZIR!
Apa akan jadi?
Parti cauvinis biaDAP dan juak-juak bukan Melayu-Islam dalam PKR akan dijulang sebagai hero oleh kaum Cina khususnya..maka bertambah sokongan kepada biaDAP dan calon bukan Melayu-Islam daripada pembangkang! BiaDAP akan cabar MCA, MIC dan Gerakan supaya keluar BN demi meninggalkan perjuangan rasis UMNO. MCA, MIC & Gerakan akan tersepit diantara dua pilihan; terus bersama dengan UMNO dalam BN dan dilihat sebagai "budak suruhan UMNO" dan meneruskan pemerintahan "Ketuanan Melayu", atau bersama dengan biaDAP dan lain-lain untuk satu transformasi politik demokrasi yang baru!
PAS pulak akan dijulang dan dipuji kerana berani keluar daripada Pakatan pembangkang demi perjuangan Islamnya. PAS akan dilabel sebagai jaguh Islam sebenarnya kerana berani berjuang sendirian demi Islam! Maka bertambahlah sokongan dan undi kepada PAS dan calon PAS dalam PRU 13!
Dan dengan strategi halus dan licik saperti itulah, Pakatan pembangkang akan masuk dalam PRU 13. BiaDAP dan PKR akan terus bersama sebagai satu Pakatan dengan slogan Malaysia Baru, PAS akan masuk PRU 13 bersendirian dengan slogan Negara Islam.
Percaturan mereka ini, walaupun penuh risiko, tetapi yang terbaik. Sekiranya perangkap ini menjadi, calon-calon biaDAP, PKR dan PAS akan mendapat sokongan, dan mungkin menang. Jika jumlah mereka cukup melebihi 112, maka masa itulah kita akan melihat lakonan sandiwara politik kedua.
Mereka akan balik berpeluk-pelukan tidor sebantal tilam sekatil untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Masa itu, barulah warna sebenar Pakatan syaitan ini akan terbongkar. Masa itu sudah terlambat bagi umat Islam-bangsa Melayu dan rakyat Malaysia; nasi sudah menjadi bubor. Kita sudah kehilangan negara kita.
Sumber: Zulkifli Noordin
Tak mustahil benda ini akan berlaku. PAS sendiri dah cakap mereka akan melakukan apa saja asalkan UMNO kalah. Perjuangan PAS bukan untuk islam tapi hanya untuk kalahkan UMNO. Itu saja.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
Ada kebenaran nya dalam tulisan ini.
Harap2 pengundi2 melayu islam/bumi yang lain tidak akan terpedaya dengan
lakunan DAPigs dan hamPAS ini. Jangan sekali-kali memberi laluan kapada Pakatan (haram) ini untok menuju ka Putrajaya.
Post a Comment