Geng Bas Sekolah

October 21, 2011

PAS Upah Warga Nepal Sebagai Pejuang Siber


Ketua Penerangan, Ketua IT dan Penggerak Media Baru serta jawatankuasa berkenaan dijemput menyertai Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB2011) pada 22 Oktober ini di Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar.

Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan perasmian dan penutup program itu.

Persidangan bertemakan “Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU-13” melibatkan tiga pembentangan kertas kerja berkaitan dengan ICT dan Media Baru iaitu Dr Muhammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Ismail Salleh, Exco Kerajaan Kedah dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Pengarah Urusan Harakah dengan ucaptama oleh Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin.

Paling menarik adalah diskusi yang melibatkan tokoh akademik dalam bidang komunikasi dan media, Prof Dr. Azmuddin Ibrahim bersama penggiat media, Ahmad Lutfi Othman dan blogger Cina Islam, Drs Khalil Idham Lim sebagai moderator.


Dijangkakan kurang lebih 1,000 orang penggerak ICT dan Media Baru PAS akan berkumpul di Taman Melewar untuk membincangkan persiapan berhadapan dengan cybertrooper Umno bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini.

Sumber: Harakahkahkah


Perghhh 1000 orang tu dowh. Dulu dorang tuduh UMNO upah 200 orang pejuang siber. Sekarang dorang hantar 1000 orang tu. Perghh gila kentang hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: