Geng Bas Sekolah

October 15, 2011

Penguasa Agama Malaysia Gedik !


Pada hari Jumaat baru-baru ini saya bertemu dengan YBM Tengku Azlan di Mandarin Oriental. Kami berbual-bual sambil makan tengahari dan bertukar-tukar cerita dan isu-isu politik. Ku Lan didatangi oleh seorang yang tidak dikenali, nampak seperti pelancong luar.

Kemudiannya Ku Lan menceritakan kepada kami, lelaki yang berusia awal 60an itu warga Australia, keturunan India-Muslim dan ingin mengahwinkan anaknya di Malaysia. Bakal menantu beliau seorang muslim dari Afrika Selatan. Menyedihkan, JAWI meletakkan syarat untuk berkahwin di sini mesti menetap di Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan. Mereka akan berangkat balik ke Australia Selasa ini.

Ku Lan minta saya cuba mendengar masalah mereka. Nama beliau adalah Mahomed Moosa, seorang doktor di Melbourne, Australia. Beliau pernah menjadi lecturer di Royal College Dublin. Beliau terperanjat dengan syarat yang dikenakan oleh penguasa agama di Malaysia.

Alasan mereka ingin mengadakan acara nikah di Malaysia adalah kerana kedudukan geografi antara Afrika Selatan dan Australia yang mungkin menelan belanja besar. Mereka memilih Malaysia sebagai titik pertemuan, kerana menyangka Malaysia sebagai negara Islam sudah tentu tidak sukar mengadakan acara nikah secara Islam di Malaysia. Apa yang beliau tidak tahu adalah kejumudan penguasa agama di Malaysia.

Sebagai muslim dan rakyat Malaysia saya berasa malu. Ku Lan juga menyatakan kejanggalan undang-undang perkahwinan di Malaysia ini sebagai aneh. Menurut beliau, kita patut galakan saudara muslim dari negara luar yang berminat untuk berkahwin di Malaysia, elok untuk industri perlancongan dan mempromosi Malaysia sebagai negara Islam moden. Realitinya saudara Islam kita ini terjebak dengan 'orang-orang agama' yang pelik, yang tidak ada dalam dunia Islam lain meletakkan syarat sebodoh itu.

Sumber: Tri Sri Buana


Inilah pemikiran pelik yang ada pada "orang orang agama" di Malaysia ni. Kerja kerja karut yang mereka suka buat. Benda senang mereka susahkan. Benda ringan mereka beratkan. Lepas tu terpekik terlolong menyalahkan orang lain. Buat kursus kawin panjang panjang, tanya itu ini sampai menyesakkan kepala bakal pengantin. Tapi kalau dah memang tercatat kat Loh Mahfuz yang jodoh tak panjang, mereka akan bercerai juga.

Suka buat undang undang pelik yang tak masuk akal. Bila tak naik gaji mengelupur salahkan Kerajaan. Tapi cara mereka bekerja macam nak menghancurkan Kerajaan. Bila bercakap seolah olah khatam semua kitab agama islam dalam dunia. Tapi cara tindakan macam orang tak cukup agama je. Alahai "orang orang agama" Malaysia....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

tang ni aku setuju....byk sgt benda2 pelik yg ada kat jabatan agama Islam kat Malaysia....depa saja yg betul dan benar....org lain kena patuh dan tak boleh persoalkan.... ustat dan ustazah la katakan...ni la kalau belajar agama hanya dari buku2 je...ikut saja apa yg di tulis...bukan nak dikaji apa itu ISLAM yg sebenarnya....

datuk said...

Benda yang mudah nak disusahkan...last-last gi nikah kat selatan Thai!!