Kuala Lumpur menegaskan bahawa perjanjian pertukaran pemohon suaka politik antara Malaysia dan Australia adalah inisiatif kedua-dua negara dan bukannya cadangan Malaysia semata-mata.
Malah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, cadangan asal digubal atas inisiatif kerajaan Australia.
Bercakap kepada pemberita Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, Datuk Seri Najib berkata Malaysia telah menerima kritikan pelbagai pihak kononnya cadangan asal itu adalah inisiatif Malaysia.
Dalam perjanjian itu, Australia akan menghantar 800 pemohon suaka politiknya ke Malaysia dan menerima seramai 4,000 dari Malaysia.
Bagaimanapun, cadangan itu dikritik pelbagai pihak terutamanya media Australia, kononnya pelarian dan pemohon suaka politik yang berada di Malaysia diberi layanan buruk.
"Saya juga telah menegaskan bahawa Malaysia telah mendapat tempias secara negatif kononnya kita tak melayani asylum seekers dan refugees dengan baik. Ini adalah tak benar malah UNCHR sendiri telah mengakui bahawa layanan kita adalah baik dan mereka melihat secara positih usaha-usaha kita dalam menangani masalah refugees dan asylum seekers di Malaysia."
Beliau berkata, kerajaan Australia masih berminat untuk melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mempunyai majoriti di Parlimen untuk meluluskan undang-undang tersebut.
Sementara itu, Datuk Seri Najib dalam artikel yang ditulis dalam The Sydney Morning Herald hari ini berkata seramai 178,000 pelarian kini berada di Malaysia dan angka ini adalah tujuh kali lebih besar dari jumlah pelarian yang berada di Australia.
Sumber: TV3
Apa kejadahnya Malaysia nak terima pelarian politik. Apa Malaysia tak cukup masalah lagi ke dengan kehadiran pendatang asing yang semakin tidak terkawal. Pergi mampuslah dengan pandangan negatif media Australia. Dorang bukannya pedulipun dengan masalah rakyat Malaysia yang kena berdepan dengan jutaan pendatang asing.
178,000 pelarian ada kat Malaysia dan dorang bebas kemana saja dorang nak. Tak mustahil ada diantara mereka adalah pengganas, pembunuh, perogol dan sebagainya. Keselamatan rakyat Malaysia sekarang terancam dengan kehadiran pendatang asing yang bermaharajalela merampas tanah Malaysia.
Pendatang asing buat kampung sendiri, buat setinggan, ceroboh hutan, buat kedai tepi jalan macam negara sendiri, kencing berak merata rata, dapat pulak subsidi perubatan dan makanan yang dibayar dengan duit rakyat. Ada pemimpin Kerajaan ambil peduli? Korang hidup mewah kat rumah banglo. Naik kereta mahal. Mana rasa kesusahan kitaorang yang kena berdepan dengan pendatang asing ni.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment