Geng Bas Sekolah

October 31, 2011

Anwar Ibrahim Resah Dengan Tawaran RM 3 Juta Ringgit

Seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi menaikkan ganjaran sehingga AS$1 juta (RM3 juta) kepada sesiapa yang berjaya menangkap tentera Israel untuk ditukarkan dengan banduan Palestin.

Putera Khaled bin Talal, saudara lelaki kepada hartawan Putera Alwaleed bin Talal, memberitahu stesen televisyen al-Daleel menerusi telefon kelmarin, tawarannya sebagai membalas dendam berikutan ancaman dikeluarkan rejim Zionis itu terhadap Sheik Awadh al-Qarani, ulama terkenal Arab Saudi yang menjanjikan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) bagi penangkapan seorang tentera Israel.

“Dr al-Qarani berkata beliau menawarkan AS$100,000 cuma untuk menangkap seorang tentera Israel tetapi rejim Zionis bertindak balas dengan menawarkan AS$1 juta untuk membunuh beliau.

“Saya memberitahu Dr al-Qarani saya menyebelahinya dan membayar baki AS$900,000 (RM270,000) untuk menawan tentera Israel supaya banduan Palestin lain dapat dibebaskan,” katanya.

Al-Qarani berkata dalam laman Facebooknya minggu ini yang beliau membuat tawaran sebagai reaksi kepada ganjaran hampir sama dibuat sebuah keluarga Israel bagi sesiapa yang dapat menangkap orang yang membunuh seorang anggota keluarga mereka pada tahun 1998, berikutan perjanjian pertukaran banduan awal bulan ini.


Wow !! Jom ramai ramai tangkap askar yahudi zionis. Boleh buat duit ni. Nasib baiklah orang yahudi ni duduk jauh. Kalau tak dah ramai orang Malaysia pergi culik askar dorang. Orang malaysia ni kalau bab duit, cicakpun dorang percaya boleh dijual sampai RM1juta ringgit. Apatahlagi nak tangkap jual orang. Celah gigi je.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: